Loading...

Rezeki Banjir: Ikan Puyu, Sepat & Haruan ‘Mendarat’

Loading...
Rezeki Banjir: Ikan Puyu, Sepat & Haruan ‘Mendarat’ - kawan-kawan Hallo news malaysia on record, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Rezeki Banjir: Ikan Puyu, Sepat & Haruan ‘Mendarat’, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel Berita, Artikel ekonomi, Artikel kesihatan, Artikel maklumat umum, Artikel politik, Artikel sukan, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : Rezeki Banjir: Ikan Puyu, Sepat & Haruan ‘Mendarat’
link : Rezeki Banjir: Ikan Puyu, Sepat & Haruan ‘Mendarat’

Baca juga


Rezeki Banjir: Ikan Puyu, Sepat & Haruan ‘Mendarat’


KANGAR – Banjir yang melanda Perlis sejak 21 September lepas selain menyebabkan banyak kelengkapan rumah rosak turut membawa rezeki apabila banyak ikan air tawar terperangkap dalam sawah, parit serta longkang dan di atas jalan raya yang dinaiki air.

Pelbagai kaedah digunakan untuk menangkap ikan puyu, sepat dan haruan. Ada yang memilih menggunakan pancing, menjala dan memukat.

Tinjauan Bernama mendapati di kawasan-kawasan banjir, suasana seperti pesta apabila orang ramai yang turut dibantu oleh keluarga masing-masing menggunakan pelbagai kaedah dan kemahiran masing-masing untuk menangkap ikan air tawar itu.

Suasana lebih meriah selepas waktu bekerja.

Seorang pemancing, Ibrahim Salleh, 43, dari Abi berkata beliau membawa isteri dan anak-anaknya untuk memancing dalam sawah dan parit di tepi jalan raya di Kampung Panggau dan memperoleh banyak ikan puyu, sepat dan juga haruan.

Kassim Bakar, 38, dari Mata Ayer pula berkata sepanjang tiga hari lepas beliau menggunakan jala dan banyak memperoleh ikan puyu, haruan dan sepat yang agak besar berbanding memancing.

“Ikan-ikan ini mungkin terlepas keluar dari kolam-kolam ternakan apabila banjir melanda,” katanya semasa ditemui semasa menjala dalam parit di Kubang Gajah berhampiran rumahnya di sini, petang semalam.

Abdul Kadir Jaya, 41, dari Beseri berkata beliau tidak melepaskan peluang untuk memancing yang menjadi hobinya dan memperoleh banyak ikan puyu.

“Saya biasa memancing di laut, namun banjir ini telah membawa rezeki untuk kami apabila banyak ikan terperangkap dan peluang tidak harus dilepaskan. Ikan puyu ini sedap dibuat asam pedas selain digoreng,” tambahnya. – BERNAMA


Thus Article Rezeki Banjir: Ikan Puyu, Sepat & Haruan ‘Mendarat’

Itulah artikel Rezeki Banjir: Ikan Puyu, Sepat & Haruan ‘Mendarat’ Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel Rezeki Banjir: Ikan Puyu, Sepat & Haruan ‘Mendarat’ dengan alamat pautan https://malaysiaonrecord.blogspot.com/2017/09/rezeki-banjir-ikan-puyu-sepat-haruan.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Rezeki Banjir: Ikan Puyu, Sepat & Haruan ‘Mendarat’"

Catat Ulasan

Loading...