Loading...

Rakyat Singapura Turun Ke Jalan Raya Protes Halimah Sebagai Presiden

Loading...
Rakyat Singapura Turun Ke Jalan Raya Protes Halimah Sebagai Presiden - kawan-kawan Hallo news malaysia on record, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Rakyat Singapura Turun Ke Jalan Raya Protes Halimah Sebagai Presiden, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel Berita, Artikel ekonomi, Artikel kesihatan, Artikel maklumat umum, Artikel politik, Artikel sukan, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : Rakyat Singapura Turun Ke Jalan Raya Protes Halimah Sebagai Presiden
link : Rakyat Singapura Turun Ke Jalan Raya Protes Halimah Sebagai Presiden

Baca juga


Rakyat Singapura Turun Ke Jalan Raya Protes Halimah Sebagai Presiden

 
 



Jarang kita dengar rakyat Singapura turun ke jalan raya, namun dengan pelantikan Halimah Yacob sebagai Presiden Singapura kelapan, rakyat republik itu meluahkan ketidakpuasan hati mereka.


Sabtu lalu, 16 September, kira-kira 3000 orang rakyat Singapura berpakaian hitam turun ke jalan raya di Hong Lim Park memprotes Halimah dipilih secara tidak demokratik sebagai Presiden serta mengkritik Perdana Menteri Lee Hsien Loong dalam mendefinisikan semula takrif Melayu.

Semasa zaman Lee Kuan Yew menjadi Perdana Menteri seseorang itu tidak boleh ditakrifkan Melayu jika mempunyai darah campuran seperti Melayu campur Arab atau Melayu campur Jawa dan mereka ini dianggap orang Arab dan Jawa untuk memisahkan lagi identiti Melayu.



Dalam kes Halimah, beliau berdarah keturunan campuran India dan sebab itu dalam kad pengenalannya identitinya dikenali sebagai ‘India’.

Namun, Perdana Menteri Lee Hsien Loong mentakrifkan Halimah sebagai ‘Melayu’ dan dipilih sebagai Presiden Singapura mewakili kelompok ras Melayu.

Penakrifan semula defisini Melayu itu telah menimbulkan polemik di kalangan rakyat kerana ia hanya terpakai kepada Halimah sahaja, sedangkan darah campuran Melayu dan Cina diketepikan.


Menurut laporan statestimesreview, demontrasi rakyat Singapura Sabtu lalu turut dihadiri bekas calon Presiden Dr Tan Cheng Bock yang kalah dengan calon PAP Tony Tan sebanyak 0.35% pada tahun 2011.

“Perdana Menteri diktator Lee Hsien Loong memerlukan seorang presiden boneka untuk mendapatkan akses percuma kepada dana rizab negara dan kumpulan wang simpanan pekerja.

“Perdana Menteri yang paling mahal di dunia juga merupakan Pengerusi GIC (Government of Singapore Investment Corporation), manakala isterinya sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Temasek Holdings, telah membuat kerugian yang tidak didedahkan sekitar puluhan bilion dalam beberapa tahun kebelakangan ini.

“Sehingga kini, hanya seorang lelaki Lee Hsien Loong yang tahu berapa banyak aset masih terdapat dalam simpanan negara dan dana kumpulan wang simpanan pekerja,” lapor portal Singapura itu.



Thus Article Rakyat Singapura Turun Ke Jalan Raya Protes Halimah Sebagai Presiden

Itulah artikel Rakyat Singapura Turun Ke Jalan Raya Protes Halimah Sebagai Presiden Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel Rakyat Singapura Turun Ke Jalan Raya Protes Halimah Sebagai Presiden dengan alamat pautan https://malaysiaonrecord.blogspot.com/2017/09/rakyat-singapura-turun-ke-jalan-raya.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Rakyat Singapura Turun Ke Jalan Raya Protes Halimah Sebagai Presiden"

Catat Ulasan

Loading...