Loading...

Popular di seberang

Loading...
Popular di seberang - kawan-kawan Hallo news malaysia on record, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Popular di seberang, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel Berita, Artikel ekonomi, Artikel kesihatan, Artikel maklumat umum, Artikel politik, Artikel sukan, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : Popular di seberang
link : Popular di seberang

Baca juga


Popular di seberang



Aziman Rosdi
aziman@hmetro.com.my
 
Kuala Lumpur: Ketika nasib jurulatih Datuk Ong Kim Swee bersama skuad bawah 22 tahun n (B-22) masih belum pasti, situasi itu pantas dihidu beberapa kelab Liga Super Indonesia (ISL) yang menyatakan berminat mendapatkan khidmatnya.

Kim Swee bukan asing lagi di Indonesia selepas beliau menjadi ‘arkitek’ kejayaan skuad negara menewaskan negara itu pada final Sukan SEA 2011 Jakarta.

Malah ‘saham’ pengendali berusia 46 tahun itu terus melonjak di negara jiran itu susulan anak buahnya menewaskan skuad Garuda Muda kendalian bekas jurulatih remaja Sepanyol Luis Milla Aspas dua kali di kelayakan Kejohanan AFB-23 di Bangkok bulan lalu (3-0) dan separuh akhir Sukan SEA Kuala Lumpur (1-0).

Difahamkan sebuah kelab yang berpangkalan di Jakarta sangat serius untuk mendapatkan khidmat Kim Swee manakala beberapa kelab ISL turut menunggu peluang apabila kontrak beliau tamat 31 Disember ini.

Bagaimanapun Kim Swee enggan mengulas spekulasi itu kerana masih berminat untuk mengadakan pertemuan dengan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) bagi membincangkan kontrak.

“Tiada apa yang ingin saya katakan setakat ini mengenai perkara itu (tawaran kelab Indonesia). Saya akan berjumpa dengan pihak pengurusan (FAM) selepas ini, secepat-cepatnya minggu depan.

“Perbincangan itu bukan hanya mengenai kontrak tapi membabitkan perancangan pasukan B-22 yang akan bertanding di Kejohanan AFC (B-23) di China tahun depan,” katanya ketika dihubungi Arena Metro semalam.

Berdasarkan kontrak asal dua tahun dengan FAM yang ditandatangani Januari 2016, Kim Swee ditawarkan tugas sebagai jurulatih Harimau Malaya namun beliau diarahkan untuk menggantikan tempat Frank Bernhardt pada Mac lalu untuk membimbing skuad B-22.

Posisi Kim Swee pula diisi jurulatih kelahiran Portugal Nelo Vingada.



Thus Article Popular di seberang

Itulah artikel Popular di seberang Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel Popular di seberang dengan alamat pautan https://malaysiaonrecord.blogspot.com/2017/09/popular-di-seberang.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Popular di seberang"

Catat Ulasan

Loading...