Loading...
Tajuk : Piala AFC: Pahang kalah lagi
link : Piala AFC: Pahang kalah lagi
Piala AFC: Pahang kalah lagi
ARKIB : 21/03/2007
KUANTAN - Bekas pemain import Perak, Baichung Bhutia muncul hero apabila jaringannya membantu kemenangan Mohun Bagan dari India menewaskan Pahang 2-1 dalam perlawanan bola sepak Kumpulan F Piala AFC di Stadium Darul Makmur, semalam.
Kekalahan kedua buat juara Piala FA selepas tewas 4-0 kepada Osotpa M-150 FC, 6 April lalu, melihat Pahang terpelosok di tangga terbawah Kumpulan F tanpa mengutip sebarang mata.
Gol pendahuluan pasukan pelawat diperoleh menerusi Lalawmpuia Pachau yang merembat bola masuk menewaskan penjaga gol tuan rumah, Mohd. Iqbal Suhaimi pada minit ke-30.
Terdahulu, Tok Gajah memperoleh peluang terbaik menerusi Mohd. Kamal Rodiarjat Mohd. Ali pada minit ke-19 tetapi percubaannya melewati palang gol.
Namun begitu, Pahang akhirnya berjaya menemui sentuhan gol apabila sepakan percuma ketua pasukan, Rosdi Talib berjaya disempurnakan oleh pemain import kelahiran Maghribi, Tarik Al-Janaby yang menyamakan kedudukan 1-1 pada minit ke-60.
Gol kemenangan Mohun Bagan dijaringkan oleh Bhutia pada minit ke 74.
Sementara itu, dalam saingan Kumpulan D di Stadium Kebangsaan Male, Maldives, Negeri Sembilan sekadar mengutip satu mata selepas seri 2-2 dengan Victory SC.
Ini adalah keputusan seri kedua buat Negeri Sembilan selepas terikat tanpa jaringan berdepan Hoa Pat Hanoi dari Vietnam, 6 Mac lalu sekaligus kekal di tangga kedua di belakang pendahulu Ziangxue Sun Hei dari Hong Kong dengan mengutip dua mata.
SUMBERArtikel Penuh: http://ift.tt/2wFWRPd
© Utusan Melayu (M) Bhd
Thus Article Piala AFC: Pahang kalah lagi
Itulah artikel Piala AFC: Pahang kalah lagi Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.
Anda sedang baca artikel Piala AFC: Pahang kalah lagi dengan alamat pautan https://malaysiaonrecord.blogspot.com/2017/09/piala-afc-pahang-kalah-lagi.html
0 Response to "Piala AFC: Pahang kalah lagi"
Catat Ulasan