Loading...

Penduduk akui remaja suka buat kacau, bising

Loading...
Penduduk akui remaja suka buat kacau, bising - kawan-kawan Hallo news malaysia on record, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Penduduk akui remaja suka buat kacau, bising, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel Berita, Artikel ekonomi, Artikel kesihatan, Artikel maklumat umum, Artikel politik, Artikel sukan, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : Penduduk akui remaja suka buat kacau, bising
link : Penduduk akui remaja suka buat kacau, bising

Baca juga


Penduduk akui remaja suka buat kacau, bising

 

 
Rata-rata penduduk sekitar Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah di Kampung Dato Keramat, Kuala Lumpur tidak mengenali tujuh suspek yang didakwa bertindak membakar tahfiz itu.

Menurut AJK Madrasah Ittifaqiyah Norhidayati Ali Fauzi, beliau yang menetap di kampung itu sejak sekian lama tidak mengenali suspek malah tidak pernah tahu insiden ejek mengejek antara dua kumpulan itu.

“Saya tak kenal budak-budak ini, mereka ini bukan budak kampung ini dan saya rasa mungkin dari kampung lain yang suka melepak disini.

“Saya tak pernah dengar dan tahu mengenai ejek mengejek antara budak tahfiz dan budak-budak luar itu, saya rapat dengan budak-budak tahfiz ini kerana mereka selalu di surau bersama saya,” katanya kepada Malaysiakini.


Norhidayati yang tinggal 50 meter dari tempat kejadian berkata, terdapat banyak remaja dalam yang suka berpeleseran di tasik berdekatan dengan pusat tahfiz itu.

Katanya, remaja-remaja itu suka mengacau dan membuat bising sehingga jam 4 pagi.

“Budak-budak ini kalau ditegur mereka akan kacau kita balik. Jadi oleh kerana saya tidak mahu diapa-apakan saya tidak menegur mereka sebaliknya saya ingatkan anak buah saya supaya tidak berkawan dengan kumpulan itu.

“Saya dah pesan pada anak-anak buah saya supaya jangan dekati kumpulan remaja yang suka melepak,” katanya.

Bagi Norhayati Abdul Halim, 46 yang tinggal berhadapan tahfiz itu juga tidak mengenali suspek serta tidak tahu mengenai pergaduhan antara kumpulan remaja dan pelajar tahfiz.


“Saya tak pernah kenal mereka, tak pernah lihat mereka disini dan saya yakin mereka budak kampung lain,” katanya.

Norhayati yang kesal dengan kejadian itu juga berharap semua pihak terutamanya ibu bapa memantau tingkah laku anak-anak mereka.

Hari ini masuk hari keempat kejadian kebakaran yang mengorbankan 21 pelajar dan dua warden yang juga pengajar di pusat berkenaan.

Berdasarkan tinjauan Malaysiakini, kawasan sekitar pusat tahfiz berkenaan seakan-akan “tapak pasar malam” kerana dikunjungi ramai orang.


Malah ada di antara peniaga dilihat mengambil kesempatan daripada kehadiran orang ramai dengan membuka gerai jualan.

Tidak kurang juga yang datang sekadar untuk berswafoto atau membuat laporan secara “live” di Facebook masing-masing.

Turut kelihatan pihak tahfiz membuka meja bagi mengutip derma daripada orang ramai.



Thus Article Penduduk akui remaja suka buat kacau, bising

Itulah artikel Penduduk akui remaja suka buat kacau, bising Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel Penduduk akui remaja suka buat kacau, bising dengan alamat pautan https://malaysiaonrecord.blogspot.com/2017/09/penduduk-akui-remaja-suka-buat-kacau.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Penduduk akui remaja suka buat kacau, bising"

Catat Ulasan

Loading...