Loading...

Penagih Tergamak Pukul Isteri, Anak Demi Dadah

Loading...
Penagih Tergamak Pukul Isteri, Anak Demi Dadah - kawan-kawan Hallo news malaysia on record, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Penagih Tergamak Pukul Isteri, Anak Demi Dadah, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel Berita, Artikel ekonomi, Artikel kesihatan, Artikel maklumat umum, Artikel politik, Artikel sukan, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : Penagih Tergamak Pukul Isteri, Anak Demi Dadah
link : Penagih Tergamak Pukul Isteri, Anak Demi Dadah

Baca juga


Penagih Tergamak Pukul Isteri, Anak Demi Dadah


SUNGAI PETANI – Seorang penagih bertindak ganas dengan memukul isteri dan anak lelakinya yang baru berusia tiga tahun selepas merampas tas tangan wanita berkenaan pada Khamis.

Difahamkan, lelaki itu bertindak sedemikian berikutan ingin mendapatkan wang untuk membeli dadah.

Pengarah Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) Kedah, Mahadzir Elias berkata selain bertindak ganas, suspek turut menimbulkan kekecohan yang dipercayai berpunca daripada ketagihan melampau.

“AADK menerima laporan orang awam pada pukul 9.45 pagi yang memaklumkan bahawa seorang lelaki dipercayai penagih dadah bertindak agresif memukul isteri dan anaknya di khalayak ramai.

“Orang ramai yang berada di situ telah bertindak menahan suspek yang memukul isterinya dan anak lelakinya sebelum menyerahkannya kepada AADK,” katanya dipetik mStar Online.

Jelas Mahadzir lagi, suspek didapati positif dadah jenis marijuana dan methamphetamine berdasarkan daripada keputusan saringan air kencing yang didapati.

Suspek kemudian telah dibawa ke Pejabat AADK Daerah Kuala Muda bagi tindakan lanjut.

“Hasil ujian saringan air kencing mendapat isuspek positif dadah jenis marijuana dan methamphetamine, malah pernah ditahan kerana bertindak agresif terhadap keluarganya.

“Kes disiasat di bawah seksyen 3(1) Akta Penagih Dadah (Rawatan dan Pemulihan) 1983,” katanya.

Menurut Madzir, kejadian penagih yang bertindak di luar kewarasan fikiran sehingga menyebabkan kecederaan pada individu lain ini sering kali dilaporkan dan terjadi tanpa mengira tempat.

Beliau juga menggesa semua lapisan masyarakat dapat memberi kerjasama dalam menyalurkan maklumat berkaitan penyalahgunaan dadah kepada AADK dalam usaha melahirkan keluarga bebas dadah. – MYNEWSHUB.CC/AM


Thus Article Penagih Tergamak Pukul Isteri, Anak Demi Dadah

Itulah artikel Penagih Tergamak Pukul Isteri, Anak Demi Dadah Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel Penagih Tergamak Pukul Isteri, Anak Demi Dadah dengan alamat pautan https://malaysiaonrecord.blogspot.com/2017/09/penagih-tergamak-pukul-isteri-anak-demi.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Penagih Tergamak Pukul Isteri, Anak Demi Dadah"

Catat Ulasan

Loading...