Loading...

Pemain Malaysia amat tertekan

Loading...
Pemain Malaysia amat tertekan - kawan-kawan Hallo news malaysia on record, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Pemain Malaysia amat tertekan, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel Berita, Artikel ekonomi, Artikel kesihatan, Artikel maklumat umum, Artikel politik, Artikel sukan, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : Pemain Malaysia amat tertekan
link : Pemain Malaysia amat tertekan

Baca juga


Pemain Malaysia amat tertekan



ARKIB : 30/06/2007

KUALA LUMPUR – Jurulatih merangkap Pengarah Teknikal Bola Sepak Jamaica, Bora Velibor Milutinovic menganggap tiada seorang pun pemain Malaysia yang mengagumkannya pada perlawanan persahabatan di Stadium Nasional, Bukit Jalil kelmarin.

Jurulatih yang menerajui lima negara ke lima pusingan akhir Piala Dunia berturut-turut sejak 1986 ini menghormati kemampuan anak buah Norizan Bakar tetapi mendapati kebanyakan pemain Malaysia bermain dengan tekanan yang besar sebelum menyerah 2-0 kepada anak buahnya.

“Anda tanya siapa dia, jawapannya saya tidak nampak yang bagus, mereka sukar mengagumkan saya. Saya menghormati pemain anda tetapi saya lihat dan berpendapat, mereka bermain dengan tekanan besar,” katanya pada sidang akhbar selepas perlawanan persediaan Malaysia ke Piala Asia, bulan depan itu.

Milutinovic mengakui Malaysia mencipta beberapa peluang jaringan pada babak kedua tetapi baginya, ia sekadar bertaraf biasa kerana suasana sebenar Piala Asia jauh berbeza dengan perlawanan persahabatan seperti kelmarin.

“Malaysia ada peluang menjaringkan gol tetapi corak permainan sebegitu tiada apa bagi saya. Ini cuma persahabatan dan pemain banyak bertukar dan diuji jurulatih tetapi saya harap Malaysia akan lebih bernasib baik (apabila menentang China, 10 Julai),” katanya.

Tegasnya, Malaysia perlu membuat persediaan segera dan seterbaik mungkin seolah-olah mahu menentang China esok dan bukannya cuma menganggap perlawanan pertama itu masih berbaki 11 hari lagi.

Secara jujur, Milutinovic dari Serbia yang melatih Mexico, Amerika Syarikat, Costa Rica, Nigeria dan China sehingga 2002 ini menyarankan penonton tempatan supaya hadir beramai-ramai di stadium dalam membantu menghasilkan ‘tenaga positif’ baru kepada skuad negara.

“Kepada orang ramai, bantulah pemain anda kerana tiga perlawanan dengan China, Uzbekistan dan Iran (Kumpulan C) itu amat penting dan bukan mudah dalam Piala Asia. Anda masih boleh melakukannya tetapi mestilah secara bersama dan sokonglah pasukan anda,” katanya.

“Piala Asia penting bagi Malaysia untuk mengetahui di mana pasukannya. Semua orang mahu menang tetapi realitinya sukar apatah lagi dengan Iran,” katanya yang mengagumi Stadium Nasional tetapi bukan dengan kedatangan hambar 4,000 penonton kelmarin.

SUMBERArtikel Penuh: http://ift.tt/2wpAr0j
© Utusan Melayu (M) Bhd


Thus Article Pemain Malaysia amat tertekan

Itulah artikel Pemain Malaysia amat tertekan Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel Pemain Malaysia amat tertekan dengan alamat pautan https://malaysiaonrecord.blogspot.com/2017/09/pemain-malaysia-amat-tertekan.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Pemain Malaysia amat tertekan"

Catat Ulasan

Loading...