Loading...

Peluang Khyril, Shafiq ke Doha tipis

Loading...
Peluang Khyril, Shafiq ke Doha tipis - kawan-kawan Hallo news malaysia on record, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Peluang Khyril, Shafiq ke Doha tipis, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel Berita, Artikel ekonomi, Artikel kesihatan, Artikel maklumat umum, Artikel politik, Artikel sukan, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : Peluang Khyril, Shafiq ke Doha tipis
link : Peluang Khyril, Shafiq ke Doha tipis

Baca juga


Peluang Khyril, Shafiq ke Doha tipis



ARKIB : 09/11/2006

KUALA LUMPUR – Hajat Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) untuk memasukkan nama dua pemain Bawah 20, Khyril Muhymeen Zambri dan Shafiq Rahim ke dalam skuad ke Sukan Asia mungkin tidak akan berjaya, kata ketua kontinjen negara Datuk Abdullah Sani Karim semalam.

‘‘Saya dimaklumkan bahawa FAM meminta untuk memasukkan dua nama baru ke dalam skuad tetapi saya tidak fikir ia akan diterima kerana sudah terlalu lewat.

“Kami akan berusaha membantu tetapi tiada jaminan kerana ia dibuat selepas tarikh tutup pendaftaran sudah berlalu terlalu lama, jadi saya fikir peluangnya terlalu tipis,’’ kata Abdullah Sani kepada pemberita selepas mesyuarat pengurus-pengurus pasukan ke Sukan Asia di Bukit Jalil semalam.

Tarikh akhir untuk mendaftarkan atlet baru ialah pada 31 Oktober lepas.

Sementara itu, Jawatankuasa Penganjur Sukan Asia Doha (Dagoc) telah meluluskan nama tiga pemain badminton yang dihantar pada hari terakhir pendaftaran iaitu Mohd. Fairuzizuan Tazari-Lee Woon Fui dan Tan Boon Heong.

Mohd. Fairuzizuan-Woon Fui menggantikan pasangan veteran Lee Wan Wah-Choong Tan Fook manakala Boon Heong menggantikan Chan Chong Ming untuk berpasangan dengan Koo Kien Keat.

Sementara itu atlet gimnastik artistik Durratun Nashihin terpaksa melupakan Sukan Asia akibat kecederaan bahu dan digantikan oleh Jaime Lee.

Penembak Nurul Huda Baharin juga terpaksa menarik diri akibat masalah kesihatan dan tempatnya digantikan oleh Mariani Rafali.

SUMBERArtikel Penuh: http://ift.tt/2gSgk7W
© Utusan Melayu (M) Bhd


Thus Article Peluang Khyril, Shafiq ke Doha tipis

Itulah artikel Peluang Khyril, Shafiq ke Doha tipis Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel Peluang Khyril, Shafiq ke Doha tipis dengan alamat pautan https://malaysiaonrecord.blogspot.com/2017/09/peluang-khyril-shafiq-ke-doha-tipis.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Peluang Khyril, Shafiq ke Doha tipis"

Catat Ulasan

Loading...