Loading...

Pelajar MRSM lemas di Lata Kulim

Loading...
Pelajar MRSM lemas di Lata Kulim - kawan-kawan Hallo news malaysia on record, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Pelajar MRSM lemas di Lata Kulim, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel Berita, Artikel ekonomi, Artikel kesihatan, Artikel maklumat umum, Artikel politik, Artikel sukan, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : Pelajar MRSM lemas di Lata Kulim
link : Pelajar MRSM lemas di Lata Kulim

Baca juga


Pelajar MRSM lemas di Lata Kulim

SINAR ONLINE

Lemas


GERIK - Seorang pelajar tingkatan dua Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Pengkalan Hulu lemas ketika berkelah bersama-sama keluarganya di Lata Kulim, Kampung Kenayat dekat sini, hari ini.

Mayat Muhammad Afiq Ishak, 14, yang berasal dari Felda Papulut, Lenggong, ditemui pada 2.15 tengah hari di dasar air terjun sedalam tiga meter oleh pasukan mencari dan menyelamat.

Ketua Polis Daerah Gerik Superintendan Ismail Che Isa berkata mangsa pergi ke kawasan air terjun berkenaan untuk memancing dan mandi manda bersama-sama 15 anggota keluarganya pada 11.30 pagi.

"Bagaimanapun, bapa mangsa menberitahu anaknya telah terjun di kawasan yang dalam.

“Bapa mangsa dan yang lain terjun untuk menyelamatkannya tetapi tekanan air menyebabkan mangsa hilang,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Ismail berkata operasi mencari dan menyelamat mangsa membabitkan dua anggota polis, lima anggota bomba dan 30 penduduk kampung.

Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Gerik Azizul Azwa Asaris berkata pihaknya menerima panggilan kira-kira 1 tengah hari sebelum sebuah jentera dan enam anggota dikejarkan ke lokasi kejadian.

Katanya anggota membuat selaman dan pencarian bersama-sama orang awam sebelum menemui mangsa di dasar air terjun.

“Mangsa dibawa ke daratan sebelum disahkan meninggal dunia oleh pihak hospital. Mayat diserahkan kepada polis untuk tindakan selanjutnya,” katanya. - Bernama



Thus Article Pelajar MRSM lemas di Lata Kulim

Itulah artikel Pelajar MRSM lemas di Lata Kulim Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel Pelajar MRSM lemas di Lata Kulim dengan alamat pautan https://malaysiaonrecord.blogspot.com/2017/09/pelajar-mrsm-lemas-di-lata-kulim.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Pelajar MRSM lemas di Lata Kulim"

Catat Ulasan

Loading...