Loading...

NS NAZA seri, Pahang kecundang

Loading...
NS NAZA seri, Pahang kecundang - kawan-kawan Hallo news malaysia on record, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk NS NAZA seri, Pahang kecundang, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel Berita, Artikel ekonomi, Artikel kesihatan, Artikel maklumat umum, Artikel politik, Artikel sukan, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : NS NAZA seri, Pahang kecundang
link : NS NAZA seri, Pahang kecundang

Baca juga


NS NAZA seri, Pahang kecundang



ARKIB : 07/03/2007
Oleh AINOL AMRIZ ISMAIL
Pemain Negeri Sembilan, Mohd. Rahman Zabul (kiri) menghalang pemain Hoa Phat Hanoi, Williams (tengah) pada perlawanan Kumpulan D Piala AFC di Stadium Paroi, malam tadi. Kedua-dua pasukan seri tanpa jaringan. – Gambar MD. SHAHJEHAN MAAMIN.

SEREMBAN – Peluang bermain di tempat sendiri tidak langsung membantu Negeri Sembilan NAZA untuk memungut tiga mata penuh apabila seri tanpa jaringan pada perlawanan pembukaan Kumpulan D Piala AFC menentang kelab Vietnam, Hoa Phat Hanoi di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi, semalam.

Sebaliknya, aksi yang terlalu berhati-hati menyaksikan kedua-dua pasukan tidak banyak melakukan gerakan berbahaya.

Namun, pada minit ke-12, Negeri Sembilan Naza hampir-hampir membuat kejutan apabila rembatan jarak 30 meter melalui Mohamad Syamsol Sabtu yang ditepis penjaga gol Hoa Phat Hanoi, Nguyen Manh Dung.

Negeri Sembilan Naza terus mengatur kelancaran aksi menerusi kombinasi Frederico Santos dan Cojan Raul Daniel apabila mengucar-kacirkan kubu Hoa Phat dengan Frederico berjaya mengelecek sebelum tandukan Cojan melambung tinggi melewati gawang.

Hoa Phat Hanoi memperoleh peluang terbaiknya pada minit ke-24 apabila penyerang, Vo Buc Lam berjaya melepasi penjaga gawang Negeri Sembilan Naza, Azizon Abdul Kadir sebelum percubaan meleretkan bola ke gawang tersasar ke sebelah kanan.

Rentak permainan semakin tertekan apabila kedua-dua pasukan berusaha mencari peluang gol tetapi keadaan tidak banyak berubah selepas aksi hambar yang berlarutan di penghujung babak pertama dengan berkesudahan tanpa jaringan.

Babak kedua bermula, Negeri Sembilan NAZA seakan garang dengan Frederico melakukan percubaan solo tetapi langsung tidak menakutkan barisan pertahanan Hoa Phat Hanoi selepas bola tersasar di sebelah kiri gawang.

Negeri Sembilan NAZA memperoleh peluang gol apabila penyerang, Liew Kit Kong melakukan hantaran lintang di depan gawang pasukan pelawat tetapi dipersia-siakan Frederico pada minit ke-85 selepas tandukannya melantun di atas padang.

Perlawanan yang disaksikan kira-kira 1,000 penyokong tuan rumah itu bertambah parah apabila kedua-dua pasukan tidak langsung melakukan sebarang percubaan bahaya sehingga membawa kepada keputusan muktamad tanpa jaringan.

Sementara itu di Bangkok, tiga gol pada babak kedua menyaksikan Osotspoa M-150 membelasah Pahang 4-0 dalam perlawanan pembukaan Kumpulan F Kejohanan Bola Sepak Piala AFC 2007 di Stadium Army di sini, semalam.

Kittisak Jaihan membuka jaringan pertama tetapi kemudiannya terpaksa dikeluarkan selepas mengalamai kekejangan otot manakala tiga gol lagi menerusi Wuttichai Khookaew, pemain gantian, Kritsada Kemden dan Jessada Puanakunmee.

Naib juara Liga Thailand itu kembali semula bersaing buat pertama kali selepas persembahan buruk pada kempe Liga Juara-Juara AFC 2004 apabila tewas kepaad Dalian Shide, Shimizu S-Pulse dan Seoangnam Ilhwa Chunna.

SUMBERArtikel Penuh: http://ift.tt/2wKH10I
© Utusan Melayu (M) Bhd


Thus Article NS NAZA seri, Pahang kecundang

Itulah artikel NS NAZA seri, Pahang kecundang Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel NS NAZA seri, Pahang kecundang dengan alamat pautan https://malaysiaonrecord.blogspot.com/2017/09/ns-naza-seri-pahang-kecundang.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "NS NAZA seri, Pahang kecundang"

Catat Ulasan

Loading...