Loading...

Norizan umum skuad negara hari ini

Loading...
Norizan umum skuad negara hari ini - kawan-kawan Hallo news malaysia on record, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Norizan umum skuad negara hari ini, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel Berita, Artikel ekonomi, Artikel kesihatan, Artikel maklumat umum, Artikel politik, Artikel sukan, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : Norizan umum skuad negara hari ini
link : Norizan umum skuad negara hari ini

Baca juga


Norizan umum skuad negara hari ini



ARKIB : 17/06/2007

KUALA LUMPUR – Sebanyak 23 pemain terbaik yang akan mendukung cabaran negara ke bola sepak Piala Asia akan ditentukan hari ini selepas persediaan diatur sejak Disember tahun lalu.

Daripada 30 pelatih yang mengikuti kem latihan skuad negara pada masa ini, sebanyak tujuh pemain diketepikan sebagai simpanan.

Kesebelasan utama dijangka berlegar di kalangan Azizon Kadir, Fauzie Nan, Khaironnisam Sahabuddin Hussain, Norhafiz Zamani Misbah, V. Thirumurugan, Shukor Adan, Hardi Jaafar, Indra Putra Mahyuddin, Hairuddin Omar, Safee Sali dan Akmal Rizal Rakhli.

Inilah barisan yang dianggap cukup seimbang pada kesemua bahagian biarpun skuad negara dan peminat pasti merindui penjaga gol nombor satunya, Syamsuri Mustafa yang digantung tiga bulan sejak Mei lalu oleh Terengganu.

Khaironnisam semakin pasti mendapat kepercayaan Norizan untuk menerajui pasukan kebangsaan berdepan Iran, China dan Uzbekistan yang mara ke suku akhir lalu dalam Kumpulan C.

Tulang belakang UPB-MyTeam itu telah memikul tugas kapten sejak mengambil alih peranan tersebut daripada Rosdi Talib dalam perlawanan persahabatan dengan Singapura tahun lalu.

Apa pun, sebarang kecederaan menjelang Piala Asia yang berbaki tiga minggu ini bakal menyisihkan sesiapa sahaja, malah tahap prestasi sepanjang kunjungan ke Australia, bulan lalu dan di Pulau Pinang turut menjadi ukuran.

Rosdi, pelatih senior berkata, dia sudah memberikan segala-galanya untuk merebut posisi bek kiri kegemarannya sekalipun menyedari persaingan hebat daripada tonggak Perlis, Fauzie dan kapten skuad Olimpik, S. Subramaniam.

‘‘Semangat dan komitmen semua pelatih cukup tinggi tetapi akhirnya terpulang kepada jurulatih untuk memilih siapa terbaik,” kata bek kiri Pahang yang mewakili negara sejak 2000 kepada pemberita, semalam.

SUMBERArtikel Penuh: http://ift.tt/2xIWVL9
© Utusan Melayu (M) Bhd


Thus Article Norizan umum skuad negara hari ini

Itulah artikel Norizan umum skuad negara hari ini Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel Norizan umum skuad negara hari ini dengan alamat pautan https://malaysiaonrecord.blogspot.com/2017/09/norizan-umum-skuad-negara-hari-ini.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Norizan umum skuad negara hari ini"

Catat Ulasan

Loading...