Loading...
Tajuk : Nor Farhan mahu tebus kesilapan
link : Nor Farhan mahu tebus kesilapan
Nor Farhan mahu tebus kesilapan
ARKIB : 02/12/2006
DOHA – Nor Farhan Muhammad sentiasa bertekad untuk menyarung jersi kuning bolasepak kebangsaan dengan penuh rasa bangga.
Tidak pernah terlintas di fikirannya untuk menjadi duri dalam daging kepada rakan sepasukan ketika menentang Oman pada Rabu lepas di Stadium Khalifa di sini dan akan kekal sebagai sejarah hitam dalam hidupnya.
‘‘Ia merupakan pengalaman paling pahit dalam hidup saya. Tidak pernah terlintas di fikiran saya akan menjaringkan gol sendiri.
‘‘Saya tidak diasak ketika itu, tetapi saya mahu mengambil jalan selamat dengan cuba menyepak bola keluar tetapi ia mengenai keting.
‘‘Saya sungguh kecewa dan rasa bersalah, tetapi perkara seperti ini boleh berlaku kepada sesiapa saja,” kata pemain sayap kiri Terengganu itu.
Bagaimanapun, dia bertekad untuk menebus kesilapan itu apabila skuad negara bertemu China pada perlawanan kedua Malaysia dalam Kumpulan E esok.
China, yang menang 1-0 ke atas Iraq pada perlawanan pertama mereka, menjadi pilihan untuk mara ke suku akhir bersama-sama Oman yang menerajui Kumpulan E hasil kemenangan 3-1 ke atas Malaysia.
‘‘Saya mahu melupakan kejadian pahit itu dan membuka buku baru. Tumpuan saya sekarang ialah menentang China.
‘‘Mereka dianggap pasukan pilihan tetapi daripada apa yang kami lihat ketika mereka menentang Iraq, saya yakin kami mampu memberikan saingan sengit,” katanya.
SUMBERArtikel Penuh: http://ift.tt/2jgtAEz
© Utusan Melayu (M) Bhd
Thus Article Nor Farhan mahu tebus kesilapan
Itulah artikel Nor Farhan mahu tebus kesilapan Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.
Anda sedang baca artikel Nor Farhan mahu tebus kesilapan dengan alamat pautan https://malaysiaonrecord.blogspot.com/2017/09/nor-farhan-mahu-tebus-kesilapan.html
0 Response to "Nor Farhan mahu tebus kesilapan"
Catat Ulasan