Loading...

Nasib 7 remaja ditentukan selepas siasatan selesai

Loading...
Nasib 7 remaja ditentukan selepas siasatan selesai - kawan-kawan Hallo news malaysia on record, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Nasib 7 remaja ditentukan selepas siasatan selesai, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel Berita, Artikel ekonomi, Artikel kesihatan, Artikel maklumat umum, Artikel politik, Artikel sukan, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : Nasib 7 remaja ditentukan selepas siasatan selesai
link : Nasib 7 remaja ditentukan selepas siasatan selesai

Baca juga


Nasib 7 remaja ditentukan selepas siasatan selesai

SINAR ONLINE

Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah
Kebakaran di Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah yang mengorbankan 23 nyawa


PUTRAJAYA - Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun berkata nasib tujuh remaja yang disyaki membakar Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah di ibu negara hanya akan diketahui selepas semua proses siasatan kes itu selesai.

"Ia bergantung. Kita masih bergantung kepada laporan daripada pihak berkaitan seperti Jabatan Kimia, Jabatan Bomba dan Penyelamat dan beberapa laporan lagi sedang dilengkapkan tidak lama lagi,” katanya kepada pemberita.

Beliau menghadiri mesyuarat jawatankuasa peringkat tinggi (HLC) mengenai Pasukan Petugas Khas Sekolah-sekolah Tahfiz yang dipengerusikan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi di Perdana Putra di sini hari ini.

Beliau ditanya sama ada ketujuh-tujuh suspek berusia 12 hingga 18 tahun itu akan didakwa selepas tempoh tahanan reman terhadap mereka tamat Jumaat ini.

Ditanya sama ada ibu bapa suspek  akan turut didakwa sebagai pengajaran kepada ibu bapa lain kerana mengabaikan anak-anak mereka sehingga melakukan kesalahan, beliau enggan mengulasnya.

"Ia bergantung kepada cadangan kita nanti. Kita perlu berbincang dengan Peguam Negara dan pegawai saya sedang menyiapkan siasatan,” kata Mohamad Fuzi.

Tambahnya pihak polis perlu melihat semua aspek dan keutamaan kini diberikan kepada proses melengkapkan siasatan kes.

Semua suspek dari sekitar Datuk Keramat itu direman tujuh hari bermula 16 hingga 22 Sept bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh dan Seksyen 435 Kanun Keseksaan kerana melakukan khianat dengan api.

Terdahulu semasa sidang media bersama timbalan perdana menteri, Mohamad Fuzi berkata pihak polis sentiasa memantau kurikulum sekolah agama termasuk maahad tahfiz bagi memastikan tiada elemen yang menyimpang daripada ajaran Islam dan bersifat ekstremis.

"Kita tidak mahu maahad tahfiz menjadi pusat pembenihan ajaran Daesh dan Syiah. Kita telah lama memantau dan sehingga kini tidak melihat sebarang masalah,” katanya. – Bernama



Thus Article Nasib 7 remaja ditentukan selepas siasatan selesai

Itulah artikel Nasib 7 remaja ditentukan selepas siasatan selesai Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel Nasib 7 remaja ditentukan selepas siasatan selesai dengan alamat pautan https://malaysiaonrecord.blogspot.com/2017/09/nasib-7-remaja-ditentukan-selepas.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Nasib 7 remaja ditentukan selepas siasatan selesai"

Catat Ulasan

Loading...