Loading...

Mudahnya Rasuah Pegawai F1 Singapura Masuk Litar Haram

Loading...
Mudahnya Rasuah Pegawai F1 Singapura Masuk Litar Haram - kawan-kawan Hallo news malaysia on record, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Mudahnya Rasuah Pegawai F1 Singapura Masuk Litar Haram, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel Berita, Artikel ekonomi, Artikel kesihatan, Artikel maklumat umum, Artikel politik, Artikel sukan, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : Mudahnya Rasuah Pegawai F1 Singapura Masuk Litar Haram
link : Mudahnya Rasuah Pegawai F1 Singapura Masuk Litar Haram

Baca juga


Mudahnya Rasuah Pegawai F1 Singapura Masuk Litar Haram


SINGAPURA – Negara terkecil rantau Asia tenggara ini cukup berbangga dengan kadar rasuah antara terendah di dunia selain aktiviti penguatkuasaan yang cukup tegas sejak sekian lama.

Namun foto terbaharu ini nyata mencalar kewibawaan Singapura sehingga menjadi bahan ketawa masyarakat antarabangsa sendiri yang bukan sahaja terkejut, malah lebih teruk ada dakwa ini baru sedikit sahaja terdedah!

Susulan insiden amat memalukan republik itu, penganjur Formula 1 Grand Prix Singapura sedang menyiasat teliti mengenai insiden yang melibatkan pencerobohan di litar perlumbaan Marina Bay pada hujung minggu lalu.

Ini ekoran penularan sekeping gambar eksklusif dimuat naik menerusi laman Facebook pada Ahad lalu yang jelas menunjukkan pasangan lelaki dan wanita warga asing selamba berdiri megah di litar perlumbaan F1 itu.

Catatan keterangan gambar pada Facebook itu berbunyi: “Jam 3 pagi. Kami memberi ‘wang sogok’ kepada pengawal keselamatan supaya dia membenarkan kami agar dapat memasuki litar perlumbaan F1 tersebut.

“Dia bukan sahaja bersetuju untuk berbuat demikian. Malah turut merakamkan gambar kami ini. Mereka yang bukan peminat setia perlumbaan F1 mungkin tidak dapat memahaminya, tetapi tidak bagi kita semua.”

Jurucakap Singapore GP memberitahu agensi berita Mediacorp bahawa pihaknya sedang bekerjasama dengan agensi keselamatan yang ditugaskan berkhidmat di kawasan terbabit untuk menyiasat dakwaan rasuah tersebut.

“Aspek keselamatan setiap penonton adalah keutamaan kami bahkan pihak kami sendiri amat memandang serius tehadap dakwaan gejala rasuah ini,” kata jurucakap penganjur sebagai merujuk isu foto pada Facebook itu.

Pelumba Mercedes, Lewis Hamilton menjuarai perlumbaan selepas tiga pelumba terlibat dalam rempuhan yang berlaku. Cuma 12 pelumba berjaya menamatkan perlumbaan semalam. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA


Thus Article Mudahnya Rasuah Pegawai F1 Singapura Masuk Litar Haram

Itulah artikel Mudahnya Rasuah Pegawai F1 Singapura Masuk Litar Haram Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel Mudahnya Rasuah Pegawai F1 Singapura Masuk Litar Haram dengan alamat pautan https://malaysiaonrecord.blogspot.com/2017/09/mudahnya-rasuah-pegawai-f1-singapura.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Mudahnya Rasuah Pegawai F1 Singapura Masuk Litar Haram"

Catat Ulasan

Loading...