Loading...

Militan Malaysia paling dikehendaki masih bersembunyi di Marawi, kata polis

Loading...
Militan Malaysia paling dikehendaki masih bersembunyi di Marawi, kata polis - kawan-kawan Hallo news malaysia on record, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Militan Malaysia paling dikehendaki masih bersembunyi di Marawi, kata polis, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel Berita, Artikel ekonomi, Artikel kesihatan, Artikel maklumat umum, Artikel politik, Artikel sukan, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : Militan Malaysia paling dikehendaki masih bersembunyi di Marawi, kata polis
link : Militan Malaysia paling dikehendaki masih bersembunyi di Marawi, kata polis

Baca juga


Militan Malaysia paling dikehendaki masih bersembunyi di Marawi, kata polis

 
Pihak polis percaya beberapa rakyat Malaysia masih berjuang di Marawi tetapi jumlahnya masih tidak dapat disahkan. 


ayob-mahmud-1


KOTA KINABALU: Militan paling dikehendaki, Dr Mahmud Ahmad, antara rakyat Malaysia yang dipercayai masih sedang bertempur dengan pihak keselamatan Filipina di selatan negara itu, menurut ketua anti-pengganas Bukit Aman.

“Kami percaya Dr Mahmud masih di Marawi,” kata Ketua Penolong Pengarah Bahagian Counter-Terrorisme Cawangan Khas Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay kepada FMT hari ini.

Angkatan tentera Filipina dilaporkan membuat gerak gempur terakhir untuk menangkap benteng terakhir kumpulan yang berkait dengan IS, Abu Sayyaf dan Maute, yang menyerang bandar itu 23 Mei lalu.

Ketua tentera Filipina Eduardo Ano semalam berkata kira-kira 10 militan asing, kebanyakannya rakyat Malaysia dan Indonesia, masih bertempur di samping militan tempatan di Marawi selepas gagal beberapa kali.

“Kami juga percaya beberapa lagi pejuang rakyat Malaysia masih di Marawi tetapi masih belum dapat mengesahkan jumlahnya lagi,” kata Ayob.

Pada Jun lalu, Ano dilaporkan berkata, Mahmud disyaki menyalurkan lebih 30 juta peso (RM2.4 juta) daripada IS untuk memperoleh makanan, senjata api dan lain-lain bekalan untuk serangan di Marawi.

Mahmud, seorang militan yang dulunya pensyarah universiti, dilaporkan dihormati pejuang yang menentang tentera kerajaan di selatan Filipina dan dikatakan sebagai mempunyai peranan kepimpinan dalam kalangan militan Maute.

Ano semalam berkata usaha menyelamatkan 45 tawanan militan sedang dijalankan. Laporan mengatakan rakyat Malaysia antara yang ditawan.

Sebuah masjid adalah benteng militan terbaru yang ditawan kerajaan Sabtu lalu, di mana seorang paderi Katolik yang menjadi tawanan selama 117 hari berjaya dibebaskan.

Agensi keselamatan Malaysia bimbang tentang saki baki militan Marawi yang cuba melarikan diri daripada gerak gempur tentera Filipina.

“Jika mana-mana militan Malaysia pulang ke negara, kita akan bersiap sedia untuk mereka,” kata Ayob.

Militan warga Malaysia yang mahu pulang mungkin mendarat di pantai timur Sabah kerana paling dekat.

Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (Esscom) yang mengawai keselamatan kawasan itu meningkatkan kewaspadaan terhadap militan yang cuba melarikan diri ke Sabah, kata ketuanya Datuk Hazani Ghazali kepada FMT.



Thus Article Militan Malaysia paling dikehendaki masih bersembunyi di Marawi, kata polis

Itulah artikel Militan Malaysia paling dikehendaki masih bersembunyi di Marawi, kata polis Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel Militan Malaysia paling dikehendaki masih bersembunyi di Marawi, kata polis dengan alamat pautan https://malaysiaonrecord.blogspot.com/2017/09/militan-malaysia-paling-dikehendaki.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Militan Malaysia paling dikehendaki masih bersembunyi di Marawi, kata polis"

Catat Ulasan

Loading...