Loading...

Mat Sabu bertanding di Selangor?

Loading...
Mat Sabu bertanding di Selangor? - kawan-kawan Hallo news malaysia on record, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Mat Sabu bertanding di Selangor?, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel Berita, Artikel ekonomi, Artikel kesihatan, Artikel maklumat umum, Artikel politik, Artikel sukan, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : Mat Sabu bertanding di Selangor?
link : Mat Sabu bertanding di Selangor?

Baca juga


Mat Sabu bertanding di Selangor?


Belum dimuktamadkan lagi, tapi nama Mohamad Sabu disebut akan jadi pertaruhan Parti Amanah Negara (AMANAH) untuk merebut salah satu kerusi di Selangor pada pilihan raya umum (PRU) ke-14 tidak lama lagi.
Nama bekas 'singa' PAS itu dipetik Pengerusi AMANAH Selangor Izham Hashim semasa menyampaikan ucapan di konvensyen parti itu di Ampang Jaya hari ini.
Katanya, AMANAH Selangor mencadangkan beberapa nama pemimpin utama parti itu untuk bertanding di Selangor bagi menguatkan Pakatan Harapan (HARAPAN) di negeri berkenaan.
"Sukacita saya umumkan hari ini, bahawa AMANAH Selangor akan menurunkan nama-nama besar pimpinan nasional sebagai calon di parlimen dan DUN (dewan undangan negeri) Selangor.
“Dalam erti kata lain, AMANAH Selangor komited menawarkan yang terbaik melalui HARAPAN kepada rakyat Selangor bagi menjamin kesinambungan kerajaan HARAPAN Selangor dan kerajaan baru HARAPAN Putrajaya,” kata Izham.
Selain nama Mohamad, Naib Presiden Hasanuddin Mohd Yunus, Pengarah Komunikasi Khalid Samad, Pengarah Strategi Dr Dzulkefli Ahmad, Ketua Wanita AMANAH (AWAN) Nasional Dr Mariah Mahmud dan Anggota Parlimen Sepang Hanipa Maidin juga disebut.
Selain itu, nama pimpinan AMANAH Selangor seperti Saari Sungib dan Hasnul Haharuddin turut dicadangkan sebagai calon parti itu di negeri tersebut.
Untuk rekod - kecuali Hasanuddin yang sebelum ini aktif dalam pertubuhan bukan kerajaan - nama yang disebut Izham itu adalah bekas pemimpin PAS sama ada di peringkat negeri atau pusat.


Thus Article Mat Sabu bertanding di Selangor?

Itulah artikel Mat Sabu bertanding di Selangor? Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel Mat Sabu bertanding di Selangor? dengan alamat pautan https://malaysiaonrecord.blogspot.com/2017/09/mat-sabu-bertanding-di-selangor.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Mat Sabu bertanding di Selangor?"

Catat Ulasan

Loading...