Loading...

Malaysia terap taktik bertahan

Loading...
Malaysia terap taktik bertahan - kawan-kawan Hallo news malaysia on record, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Malaysia terap taktik bertahan, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel Berita, Artikel ekonomi, Artikel kesihatan, Artikel maklumat umum, Artikel politik, Artikel sukan, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : Malaysia terap taktik bertahan
link : Malaysia terap taktik bertahan

Baca juga


Malaysia terap taktik bertahan



ARKIB : 23/11/2006

Oleh ABDUL HAFIZ AHMAD

PETALING JAYA – Kemasukan semula Kaironnisam Sahabuddin Hussain membuktikan hasrat ketua jurulatih Norizan Bakar untuk menerapkan taktik bertahan kepada skuad bawah 23 tahun kebangsaan dalam Sukan Asia Doha, bulan depan.

Kaironnisam yang bakal bergandingan semula dengan Norhafiz Zamani Misbah di bek tengah, begitu ditagih dalam menghadapi ‘gelora’ Doha dengan kemunculan China, Oman dan mungkin Iraq dalam pusingan kedua Kumpulan E.

Kaironnisam atau digelar Botak, yang diketepikan daripada siri jelajah ke Asia Barat bulan lalu, hanya kembali dipanggil apabila skuad negara kehilangan penyerang, Rudie Ramli kerana kecederaan.

China dijangka umpama Ghana yang mara ke pusingan kedua Piala Dunia, Jun lalu kerana dilatih bekas jurulatihnya, Ratomir Dujkovic manakala Oman yang menundukkan Malaysia 1-0 di Busan 2002, dikatakan memiliki beberapa pemain Liga Perdana England.

Iraq walaupun masih dalam kegawatan politik, mampu mengganas apabila membelasah Indonesia 6-0 dan menewaskan Singapura 2-0 mendahului Kumpulan B kelayakan, malah dijangka muncul juara untuk menyertai Malaysia, China dan Oman pada pusingan kedua.

“Bermain secara terbuka memang bukan pilihan utama kita. Benteng Malaysia perlu sentiasa padat dan tidak boleh terdedah. Yang penting pemain juga tidak boleh mudah tertekan.

“Kami yakin mampu mencapai keputusan yang baik kerana semangat pasukan cukup tinggi dan mereka mahu keluar ke sana dengan maruah yang perlu dipertahankan,” katanya di Wisma FAM, Kelana Jaya, di sini.

Norizan bagaimanapun menyangkal taktik berhati-hati atau terlalu memilih jalan selamat di Doha itu akan menumpulkan keinginan mereka untuk menyerang dan mencari gol jika berpeluang.

“Ia tidak bererti kita tidak mahu menyerang langsung. Kami tetap akan mengintai peluang itu dan saya jamin, apabila bersaing, semua pemain tidak akan berasa terlalu merendah diri dengan lawan mereka,” katanya.

Menurut Norizan, skuad bimbingannya bakal mempertaruhkan gandingan Saramsak Kram dan Fadzli Saari sebagai penyerang utama selepas tonggak harapannya tercedera seperti Safee Sali dan Akmal Rizal Rakhli selain Rudie.

Sebagai mengatasi kemungkinan gementar dan tertekan di Doha, skuad negara juga mendapat suntikan khidmat psikologi secara sukarela daripada Prof. Madya Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media Universiti Teknologi Mara (UiTM), Dr. Baharuddin Aziz.

“Saya membantu pasukan ini atas minat dan cintakan bola sepak. Banyak kelab England pun menggunakan khidmat psikologi termasuk Chelsea.

“Mula-mula saya dapati pasukan ini agak lemah dari segi semangat dan psikologinya tetapi saya cuba pulihkan menerusi beberapa sesi kaunseling dan permainan ringan yang mungkin remeh bagi sesetengah orang, tetapi sebenarnya berkesan,” ujarnya.

SUMBERArtikel Penuh: http://ift.tt/2eOMe1c
© Utusan Melayu (M) Bhd


Thus Article Malaysia terap taktik bertahan

Itulah artikel Malaysia terap taktik bertahan Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel Malaysia terap taktik bertahan dengan alamat pautan https://malaysiaonrecord.blogspot.com/2017/09/malaysia-terap-taktik-bertahan.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Malaysia terap taktik bertahan"

Catat Ulasan

Loading...