Loading...

Malaysia kalah kepada Arab Saudi

Loading...
Malaysia kalah kepada Arab Saudi - kawan-kawan Hallo news malaysia on record, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Malaysia kalah kepada Arab Saudi, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel Berita, Artikel ekonomi, Artikel kesihatan, Artikel maklumat umum, Artikel politik, Artikel sukan, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : Malaysia kalah kepada Arab Saudi
link : Malaysia kalah kepada Arab Saudi

Baca juga


Malaysia kalah kepada Arab Saudi



ARKIB : 23/03/2007

Oleh ABDUL HAFIZ AHMAD

KUALA LUMPUR – Skuad Olimpik Malaysia mempamerkan peningkatan permainan sekalipun akhirnya terpaksa menyerah 2-1 kepada Arab Saudi dalam perlawanan bola sepak persahabatan di Stadium Petaling Jaya, semalam.

Anak didik B. Sathianathan bukan sahaja mempertahankan kubu daripada dibolosi lebih banyak gol, bahkan mampu menguasai sepanjang 45 minit babak kedua perlawanan menjelang Kelayakan Olimpik menentang Hong Kong, Rabu ini.

‘‘Kami turut bermain dengan 10 orang selama 55 minit selepas penyerang, Samransak Kram dibuang padang kerana kad merah dan Arab Saudi cuma beroleh dua gol mereka dalam tempoh 12 minit babak pertama.

“Biarpun kalah, saya tetap berbangga dengan pasukan dan pengalaman ini mampu dimanfaatkan semula apabila menghadapi Hong Kong (perlawanan ketiga Malaysia dalam Kumpulan B di Stadium Mongkok),” katanya.

Gol tunggal skuad Olimpik negara dijaringkan oleh bek tengah, Aidil Zafuan Abdul Razak menerusi satu sepakan sudut pada babak kedua. Dua perlawanan pada 28 Februari dan 14 Mac lalu menyaksikan Malaysia kalah 3-1 dan 2-1 kepada Syria dan Jepun.

Arab Saudi kini menerajui Kumpulan D Kelayakan Olimpik selepas menewaskan Jordan dan Iran 1-0 dan akan menentang Australia selepas ini. Hanya dua pasukan teratas setiap kumpulan mara ke pusingan akhir dari 22 Ogos hingga 21 November ini.

Semalam, Sathianathan menguji kemampuan Syed Adney Syed Hussein, penjaga gol kelahiran Liverpool, England yang berpengalaman dan membarisi kesebelasan utama Sukan Asia Doha, Disember lalu.

Dia bagaimanapun digantikan Farizal Marlias manakala bahagian benteng menampilkan gandingan Aidil dengan ketua pasukan, Ahmad Azlan Zainal di tengah sambil diapit S. Subramaniam dan Sabri Mat Abu di kiri dan kanan.

Bahagian tengah dikendalikan oleh Azi Shahril Azmi dan Safiq Rahim di samping Amirul Hadi Zainal dan Khyril Muhymeen sementara Samransak dan Azril Hamid ditugaskan untuk memburu gol

SUMBERArtikel Penuh: http://ift.tt/2hkvfYT
© Utusan Melayu (M) Bhd


Thus Article Malaysia kalah kepada Arab Saudi

Itulah artikel Malaysia kalah kepada Arab Saudi Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel Malaysia kalah kepada Arab Saudi dengan alamat pautan https://malaysiaonrecord.blogspot.com/2017/09/malaysia-kalah-kepada-arab-saudi.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Malaysia kalah kepada Arab Saudi"

Catat Ulasan

Loading...