Loading...
Tajuk : Lori Pasir Yang Ragut Tiga Nyawa Di "Kampung Soi" Telah Di Bakar !
link : Lori Pasir Yang Ragut Tiga Nyawa Di "Kampung Soi" Telah Di Bakar !
Lori Pasir Yang Ragut Tiga Nyawa Di "Kampung Soi" Telah Di Bakar !
KUANTAN: Lori pasir yang terlibat dalam kemalangan maut tiga sekeluarga di Kampung Soi dekat sini semalam dipercayai telah dibakar oleh orang ramai.
Difahamkan pemandu lori terbabit menghilangkan diri selepas kejadian dan masih belum dikenal pasti. Bagaimanapun usaha mengesannya masih dijalankan memandangkan tiada laporan dibuat setakat ini.
Sementara itu, tinjauan di sepanjang jalan Peramu - Tanjung Lumpur - Kampung Soi petang semalam mendapati tiada lagi kelibat lori-lori pasir mealui jalan tersebut. Mungkin operasi dihentikan buat sementara waktu akibat insiden yang berlaku.
Sebelum ini seorang wanita maut dipersimpangan Komplek Yayasan Pahang akibat dilanggar oleh lori yang menjalankan aktiviti yang sama.
Sudah banyak kali aduan dibuat oleh penduduk berkenaan sikap pemandu yang memecut laju tanpa menghiraukan keselamatan pengguna jalanraya yang lain. Dengan tiga kematian terbaharu, bermakna jumlah kematian meningkat kepada empat orang setakat ini.
Mungkin akibat tidak tahan dengan senario tersebut, maka orang ramai mengambil tindakan drastik dengan membakar lori yang meragut tiga nyawa itu semalam.
Apapun, pihak berkuasa digesa mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana pemandu lori yang terus berdegil memandu laju dilaluan terbabit. Keselamatan rakyat perlulah diutamakan. #pdonews
Thus Article Lori Pasir Yang Ragut Tiga Nyawa Di "Kampung Soi" Telah Di Bakar !
Itulah artikel Lori Pasir Yang Ragut Tiga Nyawa Di "Kampung Soi" Telah Di Bakar ! Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.
Anda sedang baca artikel Lori Pasir Yang Ragut Tiga Nyawa Di "Kampung Soi" Telah Di Bakar ! dengan alamat pautan https://malaysiaonrecord.blogspot.com/2017/09/lori-pasir-yang-ragut-tiga-nyawa-di.html
0 Response to "Lori Pasir Yang Ragut Tiga Nyawa Di "Kampung Soi" Telah Di Bakar !"
Catat Ulasan