Loading...

Lelaki Nafsu Songsang Kantoi Rakam Video Di Tandas

Loading...
Lelaki Nafsu Songsang Kantoi Rakam Video Di Tandas - kawan-kawan Hallo news malaysia on record, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Lelaki Nafsu Songsang Kantoi Rakam Video Di Tandas, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel Berita, Artikel ekonomi, Artikel kesihatan, Artikel maklumat umum, Artikel politik, Artikel sukan, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : Lelaki Nafsu Songsang Kantoi Rakam Video Di Tandas
link : Lelaki Nafsu Songsang Kantoi Rakam Video Di Tandas

Baca juga


Lelaki Nafsu Songsang Kantoi Rakam Video Di Tandas


KAJANG – Akibat terlampau obses dengan kaum sejenis, seorang penganggur telah ditahan ketika sedang asyik mengintai seorang pengunjung menunaikan ‘hajat’ di tandas lelaki.

Menurut media tempatan, kejadian pelik itu dilaporkan berlaku pada pukul 12.30 tengah hari Ahad lalu di sebuah tandas awam Terminal Hentian Bas Kajang di sini.

Mangsa yang berusia 27 tahun itu telah menyedari bahawa dia telah dirakam setelah ternampak telefon bimbit jenama Lenovo yang sedang dipegang oleh seorang lelaki yang hanya kelihatan kepalanya sahaja.

Kerana panik dan terkejut, mangsa terus mengenakan pakaian dan bergegas keluar dari tandas tersebut dan mencari suspek di kawasan itu.

Namun, suspek yang berusia 30 tahun itu hanya berjaya ditahan ketika dia sedang berada di hadapan tandas yang sama setelah beberapa ketika.

Berang dengan tindakan suspek kerana merakam dirinya yang sedang mandi, mangsa telah meminta telefon bimbit tersebut dan mendapati terdapat banyak lagi koleksi video lelaki lain yang sedang mandi.

Ternyata bukan dia sahaja menjadi mangsa songsang lelaki tersebut, bahkan ramai lagi lelaki lain telah menjadi ‘penjamu matanya’ sebelum ini.

Dengan bantuan pengawal di hentian bas awam tersebut, suspek telah dibawa ke Balai Polis Sungai Tangkas untuk siasatan lanjut.

Hasil siasatan mendapati bahawa suspek mengaku bahawa dia menyukai sesama jantina sejak dia berusia 20 tahun lagi.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Dzaffir Mohd. Yussof mengesahkan tentang perkara tersebut.

“Suspek direman selama empat hari sehingga sehingga hari ini, namun tempoh itu disambung sehari lagi bagi membantu siasatan. Kes disiasat mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan,” katanya. – MYNEWSHUB.CC/Ainaa Hafizah


Thus Article Lelaki Nafsu Songsang Kantoi Rakam Video Di Tandas

Itulah artikel Lelaki Nafsu Songsang Kantoi Rakam Video Di Tandas Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel Lelaki Nafsu Songsang Kantoi Rakam Video Di Tandas dengan alamat pautan https://malaysiaonrecord.blogspot.com/2017/09/lelaki-nafsu-songsang-kantoi-rakam.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Lelaki Nafsu Songsang Kantoi Rakam Video Di Tandas"

Catat Ulasan

Loading...