Loading...

[KHIANAT?] CCTV kesan kelibat 2 lelaki 2 jam sebelum tragedi

Loading...
[KHIANAT?] CCTV kesan kelibat 2 lelaki 2 jam sebelum tragedi - kawan-kawan Hallo news malaysia on record, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk [KHIANAT?] CCTV kesan kelibat 2 lelaki 2 jam sebelum tragedi, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel Berita, Artikel ekonomi, Artikel kesihatan, Artikel maklumat umum, Artikel politik, Artikel sukan, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : [KHIANAT?] CCTV kesan kelibat 2 lelaki 2 jam sebelum tragedi
link : [KHIANAT?] CCTV kesan kelibat 2 lelaki 2 jam sebelum tragedi

Baca juga


[KHIANAT?] CCTV kesan kelibat 2 lelaki 2 jam sebelum tragedi



Teori itu diperkuatkan dengan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang menampakkan kelibat seorang lelaki memanjat pagar pejabat Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) sebelum menyelusup ke pusat pengajian al-Quran itu, dua jam sebelum tragedi yang meragut 23 nyawa itu berlaku.
SUMBER : Harian Metro


Unsur pencerobohan atau menyelinap diperhalusi

KUALA LUMPUR: Selain memeriksa petunjuk terbaru iaitu rakaman kamera litar tertutup (CCTV) tumpuan siasatan polis adalah pagar di bahagian tepi dan belakang pusat tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah, Datuk Keramat, di sini.

Pagar kawat yang memisahkan bahagian belakang pusat tahfiz dan Taman Tasik Datuk Keramat, ini didapati mempunyai kesan potong serta sudah diregangkan.


Sumber berkata, pihak polis yang menjalankan siasatan sedang berusaha mengumpulkan segala maklumat bagi mengenalpasti punca sebenar kebakaran.

"Sejak pagi tadi, beberapa pegawai dan anggota meninjau keadaan pagar kawat yang dipercayai boleh menjadi laluan keluar dan masuk oleh penceroboh ke dalam pusat tahfiz ini.

"Malah, faktor pelajar cuba menyelinap keluar pada waktu malam dan awal pagi juga turut diambil kira sebagai membantu melengkapkan siasatan," katanya ketika ditemui di lokasi kejadian.

Katanya, segala bentuk siasatan kes berkenaan akan turut dirujuk berdasarkan hasil siasatan Unit Forensik Polis dan Bomba.

Difahamkan pada masa ini semua bentuk siasatan diambil kira selepas wujudnya pelbagai persoalan berhubung punca kejadian yang berlaku selepas pihak polis menafikan punca kebakaran adalah masalah litar pintas.

Orang ramai yang mengunjungi pusat rekreasi Taman Tasik Datuk Keramat juga turut menghampiri pagar berkenaan dengan harapan ingin mendapatkan kepastian adakah benar berlakunya pencerobohan.

Berita Harian


Thus Article [KHIANAT?] CCTV kesan kelibat 2 lelaki 2 jam sebelum tragedi

Itulah artikel [KHIANAT?] CCTV kesan kelibat 2 lelaki 2 jam sebelum tragedi Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel [KHIANAT?] CCTV kesan kelibat 2 lelaki 2 jam sebelum tragedi dengan alamat pautan https://malaysiaonrecord.blogspot.com/2017/09/khianat-cctv-kesan-kelibat-2-lelaki-2.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "[KHIANAT?] CCTV kesan kelibat 2 lelaki 2 jam sebelum tragedi"

Catat Ulasan

Loading...