Loading...

Kesan Dadah Syabu

Loading...
Kesan Dadah Syabu - kawan-kawan Hallo news malaysia on record, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Kesan Dadah Syabu, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel Berita, Artikel ekonomi, Artikel kesihatan, Artikel maklumat umum, Artikel politik, Artikel sukan, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : Kesan Dadah Syabu
link : Kesan Dadah Syabu

Baca juga


Kesan Dadah Syabu



KESAN SYABU

Ada yang tanya aku macam mana nak kenal orang yang ambil syabu ni? Aku tak boleh bagi jawapan yang tepat, sebab nak tahu betul-betul kena bawa si polan/ suspek pergi test air kencing kerana hasil dari ujian saringan, ujian makmal saja baru boleh confirm dia ambil syabu atau tidak.

Tapi berdasarkan pengalaman aku menyertai operasi dadah dengan pihak berkuasa, ada beberapa 'petunjuk' yang mungkin kita boleh tengok dan 'ambil berat' jika ada tanda-tanda begini ada pada suspek.


Antaranya orang yang kuat ambil syabu ni dia suka ketap gigi. Kerap hisap lidah sendiri sampai berdecit-decit bunyinya hingga mulut jadi kering. Lepas amik benda tu diaorang akan berpeluh-peluh.

Diaorang juga kerap menggaru-garu badan (sebab dok terasa macam ada serangga dok merayap kat tangan, badan etc). Sebab tu mereka yang kuat ambil syabu ni badan diaorang penuh luka-luka dan parut. Gigi mereka banyak yang rongak, rosak. Badan memang berbau hapak.

Diaorang juga suka basuh muka , kekadang berkali-kali bagi menghilangkan rasa kebas di muka diaorang. Wajah jangan ceritalah, cengkung, ada 'eye bag' (mata lebam sebab tak tidur). Mereka juga boleh hilang selera makan dan boleh untuk tidak tidur sampai berhari-hari lamanya!

Ramai juga yang amik syabu ni kerap mengalami keguguran rambut. Malah ada yang suka cabut-cabut rambut diaorang sampai botak tepi, belakang, tengah kepala etc. Nak cover, depa akan pakai topi.


Lepas tu kalau jumpa benda-benda yang macam dalam gambar aku letak ni, kalau jumpa pemetik api (lighter) yang dibuang kepalanya tu, kenalah alert. MUNGKIN diaorang gunakannya untuk menghisap syabu.

Apapun aku tegaskan sekali lagi, hanya ujian air kencing, ujian makmal saja boleh sahkan sama ada mereka yang ada tanda-tanda aku sebut tadi ambil syabu atau tidak. Jangan hanya semata-mata kau tengok ada anak atau kawan ko punya simptom aku sebut tu kau terus cap dia ambil syabu...belum tentu...kang tak pasal-pasal jadi benda fitnah pulak!

Syahril A. Kadir


Thus Article Kesan Dadah Syabu

Itulah artikel Kesan Dadah Syabu Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel Kesan Dadah Syabu dengan alamat pautan https://malaysiaonrecord.blogspot.com/2017/09/kesan-dadah-syabu.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Kesan Dadah Syabu"

Catat Ulasan

Loading...