Loading...
Tajuk : Kerajaan larang rakyat Malaysia ke Korea Utara
link : Kerajaan larang rakyat Malaysia ke Korea Utara
Kerajaan larang rakyat Malaysia ke Korea Utara
ANTARAPOSSHAH ALAM: Kerajaan mengeluarkan larangan untuk rakyat negara ini mengunjungi Korea Utara susulan ketegangan di rantau itu ekoran ujian peluru berpandu yang dijalankan baru-baru ini.
Wisma Putra dalam satu kenyataan hari ini berkata, larangan itu akan dikaji semula melihat kepada situasi semasa.
"Keputusan diambil memandangkan peningkatan ketegangan di Semenanjung Korea dan perkembangan berkaitan daripada ujian peluru berpandu.
"Larangan perjalanan ini akan dikaji semula setelah situasi itu kembali normal," demikian menurut kenyataan itu.
Walau bagaimanapun, kenyataan itu tidak menyatakan sama ada warga Korea Utara dibenarkan ke Malaysia.
Malaysia mempunyai hubungan dengan negara pimpinan Kim Jong-un itu sungguhpun rata-rata negara maju lain meminggirkannya.
Thus Article Kerajaan larang rakyat Malaysia ke Korea Utara
Itulah artikel Kerajaan larang rakyat Malaysia ke Korea Utara Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.
Anda sedang baca artikel Kerajaan larang rakyat Malaysia ke Korea Utara dengan alamat pautan https://malaysiaonrecord.blogspot.com/2017/09/kerajaan-larang-rakyat-malaysia-ke.html
0 Response to "Kerajaan larang rakyat Malaysia ke Korea Utara"
Catat Ulasan