Loading...

Kencing Atas Jalur Gemilang, Suspek Memang Bermasalah

Loading...
Kencing Atas Jalur Gemilang, Suspek Memang Bermasalah - kawan-kawan Hallo news malaysia on record, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Kencing Atas Jalur Gemilang, Suspek Memang Bermasalah, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel Berita, Artikel ekonomi, Artikel kesihatan, Artikel maklumat umum, Artikel politik, Artikel sukan, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : Kencing Atas Jalur Gemilang, Suspek Memang Bermasalah
link : Kencing Atas Jalur Gemilang, Suspek Memang Bermasalah

Baca juga


Kencing Atas Jalur Gemilang, Suspek Memang Bermasalah


NAMPAKNYA kita dilihat masih lagi terkejut dengan isu sedih yang menimpa Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah di ibu negara baru-baru ini.

Hari demi hari pelbagai rahsia yang berjaya dirungkai. Rupa-rupanya suspek yang ditahan itu sering menimbulkan masalah bukan sahaja kepada rakan sebaya malah kepada penduduk sekitar.

Rata-rata penduduk kawasan berkenaan mengakui bahawa kumpulan remaja terbabit sememangnya bermasalah.

Suri rumah yang mahu dikenali sebagai Mah, berkata salah seorang suspek yang ditahan itu pernah dibelasah oleh penduduk setempat kerana buang air kecil di atas Jalur Gemilang sekitar bulan lepas.


“Bulan lalu, salah seorang remaja yang ditahan itu pernah dibelasah orang ramai berdekatan gelanggang futsal kerana kencing atas bendera Malaysia.

“Penduduk yang tidak berpuas hati dengan tindakan itu membelasahnya sebelum bapa lelaki itu tiba datang tetapi memarahi orang ramai pula,” katanya dipetik Harian Metro.

Ekoran itu, dia sama sekali tidak terkejut mahupun hairan sekiranya remaja berkenaan melakukan perkara kejam kerana perangai mereka amat digeruni oleh penduduk setempat.

Tambahnya lagi, bapa kepada remaja tersebut pernah juga ditampar oleh orang ramai kerana mempertahankan tindakan biadab anaknya itu.

“Banyak perbuatan dilakukan budak jahat itu yang membuat orang ramai marah. Pantang ditegur mesti ada kereta penduduk calar.

“Malah, ada satu kejadian yang akan diingati penduduk iaitu sekumpulan remaja ini sanggup melempar najis ke kereta orang,” tambahnya.

Bekas pengawal keselamatan Taman Tasik Datuk Keramat, Adnan pula berkata,dia hanya mampu bertahan selama empat bulan sahaja bekerja di situ kerana tidak tahan dengan tingkah laku biadab kumpulan remaja berkenaan.

Dia mengaku kenal akan suspek dan sering melihat mereka berada di kawasan taman rekreasi itu pada lewat malam sehingga 4 pagi untuk melakukan perkara tidak berfaedah seperti hisap gam.

“Apabila saya datang untuk usir mereka dari kawasan taman, mereka sorok atau lari, selepas itu mereka muncul semula untuk hisap gam atau ganja. Sudah banyak kali saya dipermainkan oleh mereka,” ujarnya.


Jelas Adnan lagi, dia tidak dapat menahan dengan perangai remaja tersebut dan mengambil keputusan untuk berhenti pada Julai lepas berikutan memikirkan masalah kesihatan yang dialami.

Menurut Fairus, 32, pula dia begitu rapat dengan beberapa pelajar pusat tahfiz berkenaan kerana kerap jogging bersama.

Mereka sering kali mengadu mengenai tingkah laku suspek yangdikatakan mengganggu dan mengugut pelajar tahfiz berkenaan.

Tambah Fairus lagi, pelajar tahfiz itu pernah mengambil gambar dan merakam video suspek ketika sedang asyik menghisap gam lalu mereka diugut supaya memadamnya.

“Mereka (pelajar) diugut supaya padam gambar dan video itu, jika tidak mereka akan menerima nasib buruk sama seperti mangsa yang pernah dipukul oleh Mamat (samseng yang sedang menjalani hukuman penjara).

“Mamat pernah memukul seorang remaja lain menggunakan kayu sehingga mati. Jadi kumpulan remaja ini seakan bayangan Mamat kerana bertindak di luar kawalan,” jelasnya. – http://ift.tt/2xc7oy3


Thus Article Kencing Atas Jalur Gemilang, Suspek Memang Bermasalah

Itulah artikel Kencing Atas Jalur Gemilang, Suspek Memang Bermasalah Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel Kencing Atas Jalur Gemilang, Suspek Memang Bermasalah dengan alamat pautan https://malaysiaonrecord.blogspot.com/2017/09/kencing-atas-jalur-gemilang-suspek.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Kencing Atas Jalur Gemilang, Suspek Memang Bermasalah"

Catat Ulasan

Loading...