Loading...

Kecewa Ditinggal Kekasih, Pemuda Nekad Gantung Diri

Loading...
Kecewa Ditinggal Kekasih, Pemuda Nekad Gantung Diri - kawan-kawan Hallo news malaysia on record, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Kecewa Ditinggal Kekasih, Pemuda Nekad Gantung Diri, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel Berita, Artikel ekonomi, Artikel kesihatan, Artikel maklumat umum, Artikel politik, Artikel sukan, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : Kecewa Ditinggal Kekasih, Pemuda Nekad Gantung Diri
link : Kecewa Ditinggal Kekasih, Pemuda Nekad Gantung Diri

Baca juga


Kecewa Ditinggal Kekasih, Pemuda Nekad Gantung Diri


KES bunuh diri saban tahun meningkat di seluruh dunia termasuklah negara kita.

Apa yang lebih membimbangkan, gejala bunuh diri kebanyakannya terdiri daripada golongan muda yang dikatakan mengalami tekanan daripada keluarga dan juga masalah lain.

Baru-baru ini dalam kejadian di sebuah rumah di Felda Bukit Kuantan, seorang lelaki yang dikenali sebagai Muhammad Amirul Iswad telah menggantung dirinya di dalam bilik dengan menggunakan tali jerut.

Mangsa yang berusia 22 tahun itu dipercayai membunuh diri akibat kecewa kehilangan insan yang dicintai dan sebelum itu, ada memuat naik beberapa status di laman sosial sebagai meluahkan perasaannya.

Dalam status yang dimuat naik pada 6 Jun, Amirul mendedahkan bagaimana kehidupannya mula berubah menjadi lebih baik selepas meninggalkan tabiat-tabiat buruk. Semuanya berpunca daripada kehadiran bekas kekasihnya yang kerap memberi sokongan moral dan dorongan baik kepadanya.

Bagaimanapun, dia mendakwa dirinya sebagai ‘lelaki yang bodoh’ kerana ditinggalkan kekasihnya itu hanya kerana sesuatu perkara yang tidak wajar.

Sehinggalah dua hari selepas itu, mangsa memuat nak status “mati” seolah-olah memberi maksud yang dia bakal bunuh diri akibat terlalu sedih.


Di laman sosial, terdapat seorang netizen mengakui pernah berhubung dengan Amirul kerana bimbang akan keselamatan diri lelaki itu selepas membaca status-status yang dikongsikan. Bagaimanapun, Amirul tetap nekad untuk membunuh diri.

Apa yang lebih menyedihkan apabila ada segelintir netizen menyalahkan ahli keluarga mangsa akibat tekanan yang dihadapinya.

Ekoran itu, kakak mangsa memohon agar netizen berhenti memberi komen negatif sebagai menghormati adiknya yang telah pergi.

Apa yang berlaku ke atas Amirul mungkin agak tragis kerana berulang kali dia meluahkan perasaan untuk membunuh diri namun tiada siapa yang ambil peduli sehinggalah pemuda itu benar-benar melakukannya. – MYNEWSHUB.CC


Thus Article Kecewa Ditinggal Kekasih, Pemuda Nekad Gantung Diri

Itulah artikel Kecewa Ditinggal Kekasih, Pemuda Nekad Gantung Diri Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel Kecewa Ditinggal Kekasih, Pemuda Nekad Gantung Diri dengan alamat pautan https://malaysiaonrecord.blogspot.com/2017/09/kecewa-ditinggal-kekasih-pemuda-nekad.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Kecewa Ditinggal Kekasih, Pemuda Nekad Gantung Diri"

Catat Ulasan

Loading...