Loading...

'Kami memang kemaruk kuasa'

Loading...
'Kami memang kemaruk kuasa' - kawan-kawan Hallo news malaysia on record, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk 'Kami memang kemaruk kuasa', Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel Berita, Artikel ekonomi, Artikel kesihatan, Artikel maklumat umum, Artikel politik, Artikel sukan, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : 'Kami memang kemaruk kuasa'
link : 'Kami memang kemaruk kuasa'

Baca juga


'Kami memang kemaruk kuasa'

 


Tanpa berselindung Mohamad Sabu berkata parti yang dipimpinnya memang 'kemaruk kuasa'.

Namun kata tokoh yang lebih mesra dikenali sebagai Mat Sabu itu Parti Amanah Negara (AMANAH) bersikap demikian menjelang pilihan raya umum (PRU) ke-14 ini adalah untuk merampas kuasa daripada "orang gila".

“Memanglah (kemaruk kuasa), kami nak ambil kuasa. Kami bertanding kerana nak ambil kuasa, bukan nak seronok-seronok.

“Kita masuk pilihan raya sebab nak ambil kuasa dan gila kuasa. Sebab kita nak rampas kuasa daripada orang gila,” katanya sambil ketawa.

Mohamad berkata demikian semasa menghadiri sidang media di Ibu Pejabat Parti Pribumi Bersatu (BERSATU) di Petaling Jaya hari ini.

Turut hadir Pengerusi DAP Selangor Tony Pua dan Ketua Pemuda BERSATU Syed Saddiq Syed Abdul Rahman.

Terdahulu Mohamad mengumumkan penganjuran himpunan 100,000 Sayangi Malaysia Hapus
Kleptokrasi oleh Pakatan Harapan (HARAPAN) yang dijadual diadakan pada 14 Oktober ini.

Himpunan itu akan diadakan di Padang Timur Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ).

Pagi tadi AMANAH ditempelak kerana meluluskan usul menggesa Menteri Besar Selangor Datuk Seri Azmin Ali supaya mengkaji semula kedudukan PAS dalam kerajaan negeri.

Menurut Pesuruhjaya PAS Selangor Sallehen Mukhyi usul berkenaan dibuat ketika tiada sebarang masalah timbul dalam kerajaan negeri.

“Bagi saya, itu bukan soal pilihan raya tetapi soal kemaruk kepada kuasa,” katanya



Thus Article 'Kami memang kemaruk kuasa'

Itulah artikel 'Kami memang kemaruk kuasa' Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel 'Kami memang kemaruk kuasa' dengan alamat pautan https://malaysiaonrecord.blogspot.com/2017/09/kami-memang-kemaruk-kuasa.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "'Kami memang kemaruk kuasa'"

Catat Ulasan

Loading...