Loading...

Kamera AES DIROSAKKAN dan DICURI di Lebuh Raya PLUS

Loading...
Kamera AES DIROSAKKAN dan DICURI di Lebuh Raya PLUS - kawan-kawan Hallo news malaysia on record, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Kamera AES DIROSAKKAN dan DICURI di Lebuh Raya PLUS, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel Berita, Artikel ekonomi, Artikel kesihatan, Artikel maklumat umum, Artikel politik, Artikel sukan, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : Kamera AES DIROSAKKAN dan DICURI di Lebuh Raya PLUS
link : Kamera AES DIROSAKKAN dan DICURI di Lebuh Raya PLUS

Baca juga


Kamera AES DIROSAKKAN dan DICURI di Lebuh Raya PLUS


TANGKAK: Sebuah kamera Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) yang dipasang pihak berkuasa di Kilometer (KM) 151.4 Lebuh Raya Utara Selatan (PLUS) dekat sini, bukan sahaja dirosakkan, malah komponennya turut dicuri.
Ketua Polis Daerah Tangkak, Superintendan Mohad Idris Samsuri, berkata kejadian itu disedari kira-kira jam 9.35 pagi tadi apabila Unit Peronda Lebuhraya menerima maklumat berhubung kejadian itu daripada pusat kawalan operasi lebuh raya berkenaan.
"Sehubungan itu, sebuah kenderaan peronda lebuh raya yang dalam tugas rondaan dari Ayer Keroh, Melaka ke Pagoh, Johor digegaskan ke lokasi terbabit.
"Ketika tiba di lokasi kejadian kira-kira jam 9.50 pagi, mereka dapati tiang yang menempatkan kamera sistem AES terbabit sudah tumbang dipercayai akibat perbuatan khianat," katanya ketika dihubungi, hari ini.
Mohad Idris berkata, siasatan awal juga mendapati beberapa komponen sistem terbabit termasuk kamera yang digunakan untuk merakam pesalah lalu lintas turut hilang.
"Polis tidak menolak kemungkinan perbuatan khianat terbabit dilakukan antara malam tadi hingga pagi ini. Pihak polis masih menjalankan siasatan secara menyeluruh berhubung kejadian berkenaan.
"Kes terbabit kini disiasat mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan kerana melakukan perbuatan khianat yang jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara sehingga lima tahun atau denda atau kedua-duanya sekali," katanya. - BH Online






Thus Article Kamera AES DIROSAKKAN dan DICURI di Lebuh Raya PLUS

Itulah artikel Kamera AES DIROSAKKAN dan DICURI di Lebuh Raya PLUS Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel Kamera AES DIROSAKKAN dan DICURI di Lebuh Raya PLUS dengan alamat pautan https://malaysiaonrecord.blogspot.com/2017/09/kamera-aes-dirosakkan-dan-dicuri-di.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Kamera AES DIROSAKKAN dan DICURI di Lebuh Raya PLUS"

Catat Ulasan

Loading...