Loading...
Tajuk : Jom buat sendiri masker muka organik.
link : Jom buat sendiri masker muka organik.
Jom buat sendiri masker muka organik.
Jom buat sendiri masker muka organik. | Assalamualaikum wbt. Orang cakap kalau nak cantik, kenalah berusaha untuk cantik. Betul tak? Cikla nak tanya, siapa kat sini suka pakai masker? Nak senang beli aje kan. Masker memang banyak dijual di luar sana. Tapi, kalau korang terlebih rajin, korang boleh buat sendiri. Bagi cikla ia lebih bagus sebab menggunakan bahan semulajadi di samping ia mudah serta murah dan yang paling penting, selamat. Penggunaan masker sebenarnya penting jugak kalau korang nak dapatkan kulit muka yang mulus dan berseri.
Korang nak tau tak cara macam mana nak buat masker organik sendiri di rumah? Memang senang je, dan bahan-bahannya pulak mudah nak dapat. So, jom kita tengok bahan dan langkah nak buat.
Jom buat sendiri masker muka organik.
Bahan-bahannya;
30 gm beras.
15 ml madu asli.
10 gm serbuk kopi.
5 gm serbuk coklat.
Caranya pulak;
Kisar halus beras dan campurkan bersama serbuk kopi. Selepas itu, masukkan serbuk coklat dan madu asli. Kemudian, kacau campuran tersebut sampai sebati dan rata. Biarkan sekejap sebelum dioleskan pada muka korang.
Untuk kesan yang lebih baik, korang campuran sedikit yogurt dalam adunan masker yang korang dah buat tadi. Kalau korang nak tau, yogurt dan madu sangat elok untuk kulit berminyak. Untuk kulit kering dan berjeragat, korang boleh gantikan yogurt dengan susu badam.
Korang ratakan masker yang telah siap itu ke seluruh muka korang tapi nipis je tau. Biarkan ia sampai kering sebelum dicuci. Korang boleh jugak basahkan ia untuk dijadikan skrub.
Berikut merupakan kebaikan bahan-bahan yang digunakan kepada kulit kita, iaitu;
- Serbuk coklat baik dalam merawat jerawat.
- Serbuk kopi pulak baik untuk mengurangkan kesan garis halus pada kulit muka korang.
Sebaiknya, masa korang nak pakai tu baru letak madu. So, bahan yang tanpa madu tu korang boleh simpan dan boleh digunakan bila-bila korang nak pakai. Jangan lupa masa nak guna tu, letakkan sekali susu atau yogurt tau untuk kesan yang superb.
Untuk kesan yang bagus, amalkan 1-2 kaki seminggu.
Selamat mencuba.
Sumber Majalah Wanita.
Thus Article Jom buat sendiri masker muka organik.
Itulah artikel Jom buat sendiri masker muka organik. Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.
Anda sedang baca artikel Jom buat sendiri masker muka organik. dengan alamat pautan https://malaysiaonrecord.blogspot.com/2017/09/jom-buat-sendiri-masker-muka-organik.html
0 Response to "Jom buat sendiri masker muka organik."
Catat Ulasan