Loading...

Jenazah Sultan Kedah selamat disemadikan

Loading...
Jenazah Sultan Kedah selamat disemadikan - kawan-kawan Hallo news malaysia on record, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Jenazah Sultan Kedah selamat disemadikan, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel Berita, Artikel ekonomi, Artikel kesihatan, Artikel maklumat umum, Artikel politik, Artikel sukan, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : Jenazah Sultan Kedah selamat disemadikan
link : Jenazah Sultan Kedah selamat disemadikan

Baca juga


Jenazah Sultan Kedah selamat disemadikan

ANTARAPOS.COM

Post Pic
  
 
KUALA LUMPUR: Jenazah Almarhum Sultan Kedah Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah selamat disemadikan di Makam Diraja Langgar, Alor Setar, petang ini.
 
Almarhum Sultan Abdul Halim , 89, mangkat di Istana Anak Bukit pada pukul 2.30 petang semalam selepas memerintah Kedah selama 59 tahun.
 
Jenazah almarhum baginda disemayamkan di Dewan Penghadapan, Istana Anak Bukit, dari pukul 11 hingga 1.30 tengah hari bagi membolehkan rakyat dan orang kenamaan memberi penghormatan terakhir.
 
Sebelum itu pada pukul 10.30 pagi, Mufti Kedah Datuk Syeikh Fadzil Awang mengimamkan solat jenazah di dewan sama.
 
Pada pukul 2.30 petang, pedati khas yang membawa jenazah almarhum keluar meninggalkan Istana Anak Bukit dan tiba di Makam Diraja Langgar pada pukul 4 petang.
 
Sebaik istiadat pemakaman selesai kira- kira pukul 4.45 petang, Syeikh Fadzil dan Imam Besar Masjid Zahir Datuk Syeikh Roslan Abdul Halim mengetuai bacaan talkin, manakala Syeikh Alauddin Abu Bakar memimpin bacaan tahlil dan doa.
 
Berangkat sama ke Makam Diraja ialah Sultan Kedah yang baru dimahsyurkan Tunku Sallehuddin Almarhum Sultan Badlishah, Tunku Temenggong Kedah Tunku Puteri Intan Shafinaz Sultan Abdul Halim, Tengku Bendahara Kedah Tan Sri Tunku Abdul Hamid Thani dan Tunku Laksamana Kedah Datuk Tengku Sarafuddin Badlishah Tunku Sallehuddin Almarhum Sultan Badlishah dan Tunku Soraya Sultan Abdul Halim.
 
Turut hadir ialah Menteri Besar Kedah Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah, barisan Exco kerajaan negeri dan pegawai-pegawai kanan negeri.
 
Hadir sama, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom dan Menteri Pendidikan Datuk Seri Mahdzir Khalid.
 
Rakyat pelbagai lapisan turut ke Makam Diraja Langgar untuk menyaksikan istiadat pemakaman.
 
Sebanyak 89 das tembakan dilepaskan oleh pasukan artileri bersamaan usia almarhum baginda sehingga jenazah tiba di makam.
 
Tembakan pertama dilepaskan sebaik pedati keluar meninggalkan istana dan tembakan terakhir sebaik jenazah tiba di makam pada pukul 4 petang.
 
 


Thus Article Jenazah Sultan Kedah selamat disemadikan

Itulah artikel Jenazah Sultan Kedah selamat disemadikan Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel Jenazah Sultan Kedah selamat disemadikan dengan alamat pautan https://malaysiaonrecord.blogspot.com/2017/09/jenazah-sultan-kedah-selamat-disemadikan.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Jenazah Sultan Kedah selamat disemadikan"

Catat Ulasan

Loading...