Loading...
Tajuk : Intai Isteri Jiran Mandi, Lelaki Mati Terkejut
link : Intai Isteri Jiran Mandi, Lelaki Mati Terkejut
Intai Isteri Jiran Mandi, Lelaki Mati Terkejut
SEORANG lelaki dilaporkan mati terkejut apabila terjatuh semasa sedang asyik mengintai seorang wanita yang sedang mandi.
Lebih teruk lagi, wanita tersebut dikenali sebagai Dahlia itu merupakan isteri jirannya sendiri.
Insiden itu dilaporkan berlaku di Jawa Barat, Indonesia.
Menurut Dahlia, dia ternampak sepasang mata yang sedang mengintai di celah tingkap bilik mandi rumahnya. Apa yang mengejutkan lagi ialah lelaki tersebut hanya berseluar dalam sahaja.
Perkara itu membuatkan Dahlia terkejut dan terus menjerit memanggil suaminya.
Lelaki yang berusia 46 tahun itu dijumpai tidak sedarkan diri oleh isterinya di belakang rumah sewa mereka. Isterinya yang terdengar jeritan ketakutan tersebut terus bergegas ke belakang rumah untuk lihat apa yang berlaku.
Lelaki dikenali sebagai Ajun itu menjadi ketakutan selepas perbuatannya terbongkar hilang kawalan dan terjatuh sehingga tidak sedarkan diri. Namun, dia disahkan meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke hospital.
Dalam pada itu, hasil bedah siasat menunjukkan Ajun mati mengejut akibat sakit jantung.
Walau bagaimanapun, laporan polis telah dibuat dan mereka masih giat mengumpul maklumat dan keterangan saksi serta beberapa orang lagi.
Hasil siasatan polis, mereka mendapati ini bukan kali pertama lelaki tersebut berpelakuan sebegini. Menurut penduduk di situ, Ajun memang dikenali dengan sikapnya yang suka mengintai orang mandi di kawasan tersebut. – MYNEWSHUB.CC
Thus Article Intai Isteri Jiran Mandi, Lelaki Mati Terkejut
Itulah artikel Intai Isteri Jiran Mandi, Lelaki Mati Terkejut Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.
Anda sedang baca artikel Intai Isteri Jiran Mandi, Lelaki Mati Terkejut dengan alamat pautan https://malaysiaonrecord.blogspot.com/2017/09/intai-isteri-jiran-mandi-lelaki-mati.html
0 Response to "Intai Isteri Jiran Mandi, Lelaki Mati Terkejut"
Catat Ulasan