Loading...

Ibrahim Ali sudah jemu pertahan Melayu yang ‘pasif’

Loading...
Ibrahim Ali sudah jemu pertahan Melayu yang ‘pasif’ - kawan-kawan Hallo news malaysia on record, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Ibrahim Ali sudah jemu pertahan Melayu yang ‘pasif’, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel Berita, Artikel ekonomi, Artikel kesihatan, Artikel maklumat umum, Artikel politik, Artikel sukan, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : Ibrahim Ali sudah jemu pertahan Melayu yang ‘pasif’
link : Ibrahim Ali sudah jemu pertahan Melayu yang ‘pasif’

Baca juga


Ibrahim Ali sudah jemu pertahan Melayu yang ‘pasif’

 
Beliau berkata parti Melayu seperti Umno dan PAS berdiam diri, memberi contoh kes melibatkan Dr Zakir Naik.


Ibrahim-Alieet67

KUALA LUMPUR: Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) Datuk Ibrahim Ali sudah jemu dengan perjuangan mempertahankan dan membela masyarakat Melayu kerana menganggap komuniti itu menurutnya agak pasif.

Ibrahim berkata beliau turut terasa hati apabila terdapat orang Melayu sendiri yang memperkecilkan usaha Perkasa membela mereka.

“Mana tindakan bersungguh-sungguh orang Melayu dalam isu Dr Zakir Naik, isu Rohingya, di Malaysia ini semangat itu hanya ditunjukkan setakat laung ‘Allahuakbar’ dan ‘Hidup Melayu’.

“Sepatutnya ada usaha yang lebih berkesan dilakukan mana mana pihak,” kata Ibrahim yang merujuk pendakwah kontroversi dari India.

“Rakyat Malaysia agak pasif tapi saya tak tahu sehingga saya sendiri naik jemu atau macam ‘fed up’, ‘cuak’ nak bela kepentingan Melayu sebab Melayu sendiri perkecilkan tindakan yang beri kebaikan kepada bangsa dan tidak peduli langsung,” katanya kepada wartawan di Kompleks Mahkamah Jalan Duta.

Beliau hadir dalam perbicaraan saman yang difailkan 19 individu termasuk Hindraf terhadap kerajaan kerana melindungi Naik, yang berdepan tuduhan pengubahan wang haram dan dakwaan menyokong keganasan di India.

Kes itu ditangguhkan apabila kerajaan semalam memfailkan permohonan untuk membatalkan saman mereka dan akan bersambung semula pada 21 September.

Perkasa sebelum ini memohon untuk menjadi pencelah dalam perbicaraan saman kes berkenaan.

Ibrahim berkata beliau menghargai keputusan kerajaan memohon membatalkan saman Hindraf mengenai Naik, tetapi menambah ia sepatutnya dilakukan lebih awal.

Ibrahim turut mempersoalkan parti politik berasaskan Melayu dan agama Islam yang tidak mempertahankan Naik.

“Semua parti politik sebelum ini, mereka bercakap macam-macam, tapi dalam kes Zakir mereka diam seribu bahasa termasuk parti politik Melayu Islam.

“Saya jangkakan PAS akan di hadapan termasuk Umno,” kata Ibrahim.

Katanya, orang Melayu hari ini tidak memiliki semangat pejuang kemerdekaan terdahulu.

“Kita dah tiada lagi semangat Rosli Dhobi, Tok Janggut dan sebagainya. Kemerdekaan kita hanya laungan tanpa semangat patriotisme.”

Kumpulan 19 individu yang menyaman kerajaan dalam isu Naik mahu mahkamah mengeluarkan perintah mengisytiharkan pendakwah India itu sebagai ancaman terhadap keselamatan dan keharmonian negara.

Saman itu menamakan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, ketua pengarah Jabatan Imigresen, ketua pengarah Jabatan Pendaftaran Negara, ketua polis negara dan kerajaan Malaysia sebagai defendan.

Naik sedang disiasat pihak berkuasa India atas dakwaan menyebarkan kebencian perkauman dan mendorong keganasan.

Agensi Siasatan Negara India (NIA) turut menyiasat 78 akaun bank dan pelaburan berjumlah Rs100 crore (RM65 juta) dikaitkan dengan Zakir, lapor media India.



Thus Article Ibrahim Ali sudah jemu pertahan Melayu yang ‘pasif’

Itulah artikel Ibrahim Ali sudah jemu pertahan Melayu yang ‘pasif’ Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel Ibrahim Ali sudah jemu pertahan Melayu yang ‘pasif’ dengan alamat pautan https://malaysiaonrecord.blogspot.com/2017/09/ibrahim-ali-sudah-jemu-pertahan-melayu.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Ibrahim Ali sudah jemu pertahan Melayu yang ‘pasif’"

Catat Ulasan

Loading...