Loading...

Hugh Hefner Playboy Meninggal Dunia

Loading...
Hugh Hefner Playboy Meninggal Dunia - kawan-kawan Hallo news malaysia on record, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Hugh Hefner Playboy Meninggal Dunia, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel Berita, Artikel ekonomi, Artikel kesihatan, Artikel maklumat umum, Artikel politik, Artikel sukan, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : Hugh Hefner Playboy Meninggal Dunia
link : Hugh Hefner Playboy Meninggal Dunia

Baca juga


Hugh Hefner Playboy Meninggal Dunia


LOS ANGELES – Hugh Hefner yang merupakan pengasas majalah lucah Playboy dilaporkan telah meninggal dunia semalam, waktu Amerika Syarikat.

Hefner yang berusia 91 tahun, meninggal dunia di rumah agamnya yang diberi nama Playboy Mansion di Beverly Hills, California akibat sakit tua, menurut Playboy Enterprises Inc.

Hefner atau nama sebenarnya Hugh Marston Hefner, dilahirkan di Chicago pada 9 April 1926 dan merupakan anak kepada dua orang guru yang mempunyai pegangan agama yang kuat.

Selepas menamatkan perkhidmatannya di dalam ketenteraan AS sebagai penulis, beliau telah menerima ijazah sarjana muda dalam bidang psikologi sebelum meneruskan kariernya sebagai seorang copywriter untuk majalah Esquire.

Hefner memulakan penerbitan majalah Playboy pada tahun 1953 ketika berusia 27 tahun dengan wang yang dipinjam sebanyak $8,000.

MajalAh itu mula mendapat perhatian apabila Hefner dengan beraninya menerbitkan gambar-gambar bogel Marilyn Monroe yang dibelinya pada harga $200. Gambar-gambar itu diambil semasa Marilyn menjadi model untuk kalendar tahun 1949.

Hefner meninggalkan seorang balu, Crystal Harris yang dikahwininya pada tahun 2012 dan empat orang anak iaitu Cooper Hefner, Christie Hefner, Marston Hefner, dan David Hefner.

Crystal merupakan bekas model Playboy yang baru berusia 26 tahun ketika mengahwini Hefner–dengan jarak umur 60 tahun antara mereka. - MYNEWSHUB.CC


Thus Article Hugh Hefner Playboy Meninggal Dunia

Itulah artikel Hugh Hefner Playboy Meninggal Dunia Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel Hugh Hefner Playboy Meninggal Dunia dengan alamat pautan https://malaysiaonrecord.blogspot.com/2017/09/hugh-hefner-playboy-meninggal-dunia.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Hugh Hefner Playboy Meninggal Dunia"

Catat Ulasan

Loading...