Loading...

Harga Minyak Jatuh Setelah 3 Minggu Asyik Naik

Loading...
Harga Minyak Jatuh Setelah 3 Minggu Asyik Naik - kawan-kawan Hallo news malaysia on record, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Harga Minyak Jatuh Setelah 3 Minggu Asyik Naik, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel Berita, Artikel ekonomi, Artikel kesihatan, Artikel maklumat umum, Artikel politik, Artikel sukan, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : Harga Minyak Jatuh Setelah 3 Minggu Asyik Naik
link : Harga Minyak Jatuh Setelah 3 Minggu Asyik Naik

Baca juga


Harga Minyak Jatuh Setelah 3 Minggu Asyik Naik


PUTRAJAYA – Harga runcit siling bahan bakar ditetapkan secara mingguan mulai 30 Mac lalu, dan bagi tempoh seminggu berikutnya menyaksikan semua jenis minyak turun setelah tiga minggu naik.

Ia memang dijangka ekoran penurunan harga minyak dunia susulan pemulihan bekalan di Amerika Syarikat pasca taufan Harvey dan pergeseran diplomatik rantau Asia Barat mulai stabil menyaksikan stok penawaran berlebihan.

Menurut laporan Berita N5 yang disiarkan oleh stesen TV1 RTM pada jam 5 petang Rabu, harga siling terbaharu produk minyak RON 95 jatuh dua sen kepada RM2.19 seliter berbanding RM2.21 seliter pada minggu sebelumnya.

Manakala had harga runcit untuk petrol premium jenis RON 97 dalam tempoh seminggu akan datang pula juga ditetapkan turun tiga sen kepada RM2.49 seliter, daripada hanya sebanyak RM2.52 seliter pada minggu terdahulu.

Dalam pada itu, harga runcit baharu untuk minyak diesel dalam tempoh tujuh hari sama diumumkan merudum sebanyak empat sen kepada RM2.10 seliter, berbanding RM2.14 seliter ketika tempoh minggu sebelumnya.


Stesen penyiaran awam kebangsaan berkenaan melaporkan bahawa kesemua harga siling baharu untuk produk petroleum tersebut bermula dari pukul 12.01 tengah malam 21 September sehingga 11.59 malam pada 27 September.

Mulai 29 Mac lalu, Kabinet memutuskan penetapan harga runcit bahan api secara mingguan bagi membolehkan pengguna dapat menikmati trend kadar lebih stabil berbanding harga bulanan yang dilaksanakan sebelum ini.

Pihak kerajaan sebelum itu melaksanakan penetapan harga siling bulanan secara kaedah pengapungan terkawal dengan mengguna pakai sistem kiraan formula Mekanisme Harga Automatik yang ditetapkan sejak 1983 lagi.

Penetapan harga runcit minyak secara bulanan itu sudah lama dilaksanakan oleh pihak Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) yang telah pun bermula pada awal Disember 2014 lalu.

Namun, pengumuman rasmi secara mingguan dijangka dapat mengurangkan kegelisahan pengguna kerana corak perubahan harga tidak begitu ketara berikutan tempoh pengiraan yang agak pendek. – Mynewshub.cc/HAA


Thus Article Harga Minyak Jatuh Setelah 3 Minggu Asyik Naik

Itulah artikel Harga Minyak Jatuh Setelah 3 Minggu Asyik Naik Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel Harga Minyak Jatuh Setelah 3 Minggu Asyik Naik dengan alamat pautan https://malaysiaonrecord.blogspot.com/2017/09/harga-minyak-jatuh-setelah-3-minggu.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Harga Minyak Jatuh Setelah 3 Minggu Asyik Naik"

Catat Ulasan

Loading...