Loading...

HARAPAN gesa sidang khas Parlimen bincang pelaburan ‘mewah’ di AS

Loading...
HARAPAN gesa sidang khas Parlimen bincang pelaburan ‘mewah’ di AS - kawan-kawan Hallo news malaysia on record, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk HARAPAN gesa sidang khas Parlimen bincang pelaburan ‘mewah’ di AS, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel Berita, Artikel ekonomi, Artikel kesihatan, Artikel maklumat umum, Artikel politik, Artikel sukan, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : HARAPAN gesa sidang khas Parlimen bincang pelaburan ‘mewah’ di AS
link : HARAPAN gesa sidang khas Parlimen bincang pelaburan ‘mewah’ di AS

Baca juga


HARAPAN gesa sidang khas Parlimen bincang pelaburan ‘mewah’ di AS


Pakatan Harapan (HARAPAN) menzahirkan rasa kesal ekoran tindakan kerajaan yang disifatkan mengadai aset negara untuk membantu memperkukuhkan ekonomi Amerika Syarikat (AS) sementara ekonomi negara mengalami kemerosotan.
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dalam pertemuan dengan Presiden AS, Donald Trump, semalam, berkata Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) akan melabur kira-kira AS$3 bilion ke AS$4 bilion dalam projek infrastruktur di AS.
Selain itu, Najib juga dilaporkan berkata bahawa Khazanah Nasional Berhad berhasrat untuk meningkatkan pelaburannya dalam syarikat berteknologi tinggi, selain pembelian 33 ke 58 pesawat Boeing dengan urus niaga bernilai AS$10 bilion selama lima tahun.
“Kami menggesa Perdana Menteri mengadakan sidang Parlimen khas selama dua hari sepulangnya beliau dari AS bagi membincangkan dan membahaskan pertemuan antara beliau dan Trump itu,” ujar HARAPAN dalam kenyataan yang dibacakan Setiausaha Publisiti DAP, Tony Pua dalam sidang media di ibu pejabat PPBM, di sini, hari ini.
Selain Tony, turut hadir dalam sidang media berkenaan adalah Pengarah Strategi PKR, Sim Tze Tzin, Dr Dzulkefly Ahmad (Pengarah Strategi Amanah) dan Datuk Dr Rais Hussin (Pengerusi Biro Strategi dan Polisi PPBM).
HARAPAN berkata, dalam kerajaan Malaysia dilihat beria-ria membantu Trump dalam kempen “Make America Great Again” melalui pelaburan bernilai hampir RM60 bilion itu, kerajaan AS sebaliknya tidak menawarkan apa-apa kepada rakyat Malaysia.
“Presiden Trump tidak mencuba untuk berpura-pura bahawa Malaysia akan mendapat pulangan daripada pelaburan itu – sebagai contoh seperti janji pelaburan ‘berpotensi’ atau meningkatkan import produk-produk buatan Malaysia atau pengecualian visa untuk rakyat Malaysia melancong ke AS,” ujar gabungan pembangkang itu. – Roketkini.com


Thus Article HARAPAN gesa sidang khas Parlimen bincang pelaburan ‘mewah’ di AS

Itulah artikel HARAPAN gesa sidang khas Parlimen bincang pelaburan ‘mewah’ di AS Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel HARAPAN gesa sidang khas Parlimen bincang pelaburan ‘mewah’ di AS dengan alamat pautan https://malaysiaonrecord.blogspot.com/2017/09/harapan-gesa-sidang-khas-parlimen.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "HARAPAN gesa sidang khas Parlimen bincang pelaburan ‘mewah’ di AS"

Catat Ulasan

Loading...