Loading...

HARAPAN akan lindungi hak istimewa Melayu, tapi...

Loading...
HARAPAN akan lindungi hak istimewa Melayu, tapi... - kawan-kawan Hallo news malaysia on record, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk HARAPAN akan lindungi hak istimewa Melayu, tapi..., Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel Berita, Artikel ekonomi, Artikel kesihatan, Artikel maklumat umum, Artikel politik, Artikel sukan, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : HARAPAN akan lindungi hak istimewa Melayu, tapi...
link : HARAPAN akan lindungi hak istimewa Melayu, tapi...

Baca juga


HARAPAN akan lindungi hak istimewa Melayu, tapi...


EKSKLUSIF I Bagi parti pemerintah Umno, pendapat bahawa orang Melayu akan kehilangan hak istimewa mereka adalah sesuatu yang boleh dimanfaatkan untuk memastikan Pakatan Harapan (HARAPAN) tidak memenangi sokongan Melayu.
Presiden Umno, Datuk Seri Najib Razak mendakwa orang Melayu boleh menerima kesan sekiranya HARAPAN memerintah kerana gabungan itu didominasi oleh DAP yang didakwa anti-Melayu.
Bagaimanapun pengerusi HARAPAN, Tun Dr Mahathir Mohamad memberi jaminan bahawa orang Melayu tidak perlu takut jika gabungan itu berkuasa.
"(Keistimewaan Bumiputera) akan dikekalkan (oleh HARAPAN)," kata Mahathir ketika ditanya mengenai perkara itu.
"Kami akan mengambil kira kepentingan kaum lain, kami tidak mahu merompak apa yang dimiliki oleh bukan Bumiputera untuk memperkayakan Bumiputera," katanya.
Mahathir bercakap kepada Malaysiakinidalam satu temu bual di pejabatnya di Putrajaya pada Khamis.
Dakwaan Najib mengenai DAP yang ingin menghalang orang Melayu daripada menerima hak keistimewaan bukan sesuatu yang luar biasa bagi Mahathir.
Bekas perdana menteri itu sendiri telah malakarkan naratif itu sepanjang dua dekad pentadbirannya.
"Saya juga bertanggungjawab untuk itu, saya adalah orang yang menggambarkan DAP sebagai raksasa," katanya.
Namun, nada Mahathir kini berbeza apabila mengatakan takdir telah membawanya bersama-sama DAP di bawah bendera HARAPAN.
Pengalaman beliau dengan parti itu sejak menyertai pembangkang telah mengubah perspektifnya dan beliau percaya orang Melayu juga telah mengubah pandangan mereka.
"Orang Melayu mula sedar bahawa DAP bukanlah syaitan yang kita bayangkan sebelumnya," katanya.
Beliau menyebut bagaimana lagu DAP ditulis dalam bahasa Melayu dan mempunyai anggota Melayu, termasuk ahli parlimen.
Beliau juga membantah tuduhan bahawa DAP menguasai HARAPAN dan mengatakan parti itu hanya satu daripada empat parti dalam gabungan itu.
"Daripada 222 kawasan parlimen, mereka tidak boleh bertanding lagi dengan 55 kerusi. Mereka tidak mungkin memenangi 55 kerusi, mungkin mereka akan menang sekitar 40 kerusi," katanya.
Dalam wawancara eksklusif bersama Malaysiakini, Mahathir juga bercakap mengenai orang Melayu yang telah hilang rasa syukur terhadap BN dan apa yang ditawarkan BERSATU untuk golongan muda.
Orang Melayu merasa terhutang budi kepada BN. Adakah ini menjadi masalah bagi BERSATU dan HARAPAN?
Orang Melayu berasa terhutang budi kepada BN, (tetapi) tidak kepada BN Najib. Mereka tahu perbezaan antara Najib dan BN sebelum ini di bawah empat perdana menteri, Tunku (Abdul Rahman), Tun Razak (Hussein), Tun Hussein (Onn), dan saya juga.
Ia berbeza daripada (BN di bawah) Abdullah dan Najib. Pada masa lalu tahap rasuah tidak seperti sekarang. Sekarang kita mempunyai ketua kerajaan yang paling korup.
Kebanyakan ahli BERSATU adalah golongan belia. Apa yang ditawarkan BERSATU yang tidak ditawarkan parti lain?
Sebaliknya apa yang tidak ditawarkan oleh BN. Ramai di antara mereka yang berkelayakan melanjutkan pengajian mereka tidak boleh mendapatkan biasiswa sekarang, dan ramai yang layak tidak boleh mendapatkan pekerjaan sekarang, prospek masa depan mereka adalah sangat suram.
Ramai daripada mereka menganggur sekarang. Mereka percaya hanya perubahan kerajaan akan meningkatkan peluang mereka untuk mendapatkan biasiswa dan pekerjaan di negara ini. Jadi, ia adalah aspek negatif BN yang menolak mereka dari BN kepada HARAPAN..
Temu bual ini dikendalikan bersama oleh Al-Abror Mohd Yusuf, Andrew Ong, Zikri Kamarulzaman dan Annabelle Lee.


Thus Article HARAPAN akan lindungi hak istimewa Melayu, tapi...

Itulah artikel HARAPAN akan lindungi hak istimewa Melayu, tapi... Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel HARAPAN akan lindungi hak istimewa Melayu, tapi... dengan alamat pautan https://malaysiaonrecord.blogspot.com/2017/09/harapan-akan-lindungi-hak-istimewa.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "HARAPAN akan lindungi hak istimewa Melayu, tapi..."

Catat Ulasan

Loading...