Loading...

Harap tawaran lebih baik demi keluarga

Loading...
Harap tawaran lebih baik demi keluarga - kawan-kawan Hallo news malaysia on record, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Harap tawaran lebih baik demi keluarga, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel Berita, Artikel ekonomi, Artikel kesihatan, Artikel maklumat umum, Artikel politik, Artikel sukan, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : Harap tawaran lebih baik demi keluarga
link : Harap tawaran lebih baik demi keluarga

Baca juga


Harap tawaran lebih baik demi keluarga

Wartawan Sinar Harian
13 September 2017
Harap tawaran lebih baik demi keluarga        
Thanabalan mahu beri tumpuan bantu Felcra FC layak beraksi ke Liga Perdana musim depan. - Foto Sinar Harian oleh AFIQ RAZALI
 Harap tawaran lebih baik demi keluarga
PENYERANG skuad Bawah 22 (B-22) Tahun negara, N Thanabalan berkata, beliau sedia mempertimbangkan tawaran bermain di luar negara sekiranya itu dapat membantu mengubah nasib keluarganya.

Namun pemain Felcra FC itu yang menjadi watak penting ketika membantu Malaysia meraih pingat perak pada Sukan Sea Kuala Lumpur 2017 (KL2017) bulan lalu menegaskan beliau perlu meneliti beberapa faktor terlebih dahulu termasuk soal untuk menjaga bapanya yang kini terlantar sakit.

“Setakat ini saya belum mendapat apa-apa tawaran, tapi saya ada dengar khabar angin perkara tersebut melalui media. Kalau dapat tawaran bagus dari segi gaji dan sebagainya, mungkin saya akan pertimbangkan.

“Kalau boleh saya mahu beraksi dengan pasukan yang dapat memberikan saya peluang selama 90 minit. Semestinya saya mengharapkan tawaran lebih baik kerana perlu jaga keluarga saya terutamanya ayah saya yang kini lumpuh,” katanya.

Sebuah akhbar tempatan sebelum ini melaporkan Thanabalan dan lima lagi pemain skuad B-22 diintai kelab  Liga 1 Thailand selepas mereka mempamerkan aksi memberangsangkan pada KL2017.

Pemain lain ialah Muhammad Adib Zainudin,  Adam Nor Azlin (Selangor), Mohd Syamer Kutty Abba dan Muhd Jafri Firdaus Chew (Pulau Pinang) serta pemain Pahang, Muhamad Nor Azam Abdul Azih.

Anak jati Seremban ini juga berkata, tumpuannya ketika ini ialah untuk membantu Felcra FC layak beraksi ke saingan Liga Perdana musim depan.

“Pengurusan Felcra FC banyak bantu saya dan rakan sepasukan. Jadi kami amat terhutang budi dan bertekad membantu pasukan layak beraksi ke Liga Perdana pada 2018,” katanya.
SUMBER-SINAR  HARIAN ONLINE 13 September 2017


Thus Article Harap tawaran lebih baik demi keluarga

Itulah artikel Harap tawaran lebih baik demi keluarga Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel Harap tawaran lebih baik demi keluarga dengan alamat pautan https://malaysiaonrecord.blogspot.com/2017/09/harap-tawaran-lebih-baik-demi-keluarga.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Harap tawaran lebih baik demi keluarga"

Catat Ulasan

Loading...