Loading...

Hampir 2 Tahun PKR Santuni PAS, tapi mereka lebih lunak dengan UMNO/BN

Loading...
Hampir 2 Tahun PKR Santuni PAS, tapi mereka lebih lunak dengan UMNO/BN - kawan-kawan Hallo news malaysia on record, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Hampir 2 Tahun PKR Santuni PAS, tapi mereka lebih lunak dengan UMNO/BN, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel Berita, Artikel ekonomi, Artikel kesihatan, Artikel maklumat umum, Artikel politik, Artikel sukan, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : Hampir 2 Tahun PKR Santuni PAS, tapi mereka lebih lunak dengan UMNO/BN
link : Hampir 2 Tahun PKR Santuni PAS, tapi mereka lebih lunak dengan UMNO/BN

Baca juga


Hampir 2 Tahun PKR Santuni PAS, tapi mereka lebih lunak dengan UMNO/BN

Datuk Saifuddin Nasution Ismail, Setiausaha Agung PKR
Setiausaha Agung PKR menafikan beliau meletakkan jawatan dan menganggap dakwaan itu sebagai adu domba pihak yang tidak mahu melihat PKR terus stabil serta Pakatan Harapan (Harapan) terus kuat.   

Mengulas lanjut mengenai khabar angin yang dikaitkan dengan ketidakpuasan hati terhadap arahan Datuk Seri Anwar Ibrahim mengenai rundingan perlu dilakukan antara PKR dengan Pas itu, Datuk Saifudin Ismail Nasution berkata, beliau kecewa kerana menerima kecaman.

“PKR berusaha hampir dua tahun mendekati dan menyantuni Pas. Pelbagai usaha dan ikhtiar dibuat. Siri-siri pertemuan melibatkan Mursyidul Am, Presiden, Timbalan Presiden, Naib Presiden, Setiausaha Agung dan Pengarah Pilihanraya Pas,” katanya.

Beliau berpendirian, setiap usaha dan ikhtiar harus ada garis masanya supaya ada kepastian dan memudahkan semua pihak.

Katanya, setiap usaha dibuat namun keputusan muktamar dan Majlis Syura yang memutuskan hubungan dengan PKR.

“Sampai macam tu PKR menunjukkan jiwa besar demi mencapai kerjasama terbaik guna mendepani Umno-BN pada PRU14.

“Rakyat dapat melihat dengan jelas usaha ini, saban hari Pas menunjukkan sikap dingin dengan PKR dan Harapan, sebaliknya mereka semakin lunak dengan Umno/BN.

“Di sebalik Harapan, yang mana PKR adalah parti komponennya membuat keputusan untuk mengukuhkan kerjasama bagi menghadapi PRU14 dan tidak lagi bekerjasama dengan Pas,” katanya.

Saifudin berkata, ketika Anwar tampil dengan nota dari penjara, Harapan juga membuat keputusan.

“Mengenali beliau secara dekat, Anwar seorang yang sangat menghormati setiap keputusan yang dibuat secara bersama dan tidak sukar untuk beliau faham mengapa Harapan membuat keputusan tersebut.

“Tidak sukar juga dilihat setelah diusahakan demikian lama, Pas tetap memilih jalannya sendiri. Adalah lebih utama PKR menumpukan sepenuh usaha dan tenaga membantu mengukuhkan Harapan dan menerima hakikat Pas telah ada pilihannya,” katanya.

Beliau berkata, perkara itu sudah dimaklumkan kepada Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail ketika menemani Anwar di mahkamah, hari ini.

Katanya, komitmennya bersama PKR dan Harapan dan khabar angin peletakan jawatan adalah tidak benar.

“Kepada pihak yang berusaha mencipta khabar itu, menyebarkan dan kemudian merayakannya, saya maafkan,” katanya.

Terdahulu, Saifudin yang baru pulang dari London selepas menghadiri mesyuarat dengan Pengerusi Arakan Rohingya National Organisation, Nurul Islam selain bertemu wakil International Institute of Islamic Thought iaitu Dr Dziauddin Sardar dan Dr Anas Ali. - SH


Thus Article Hampir 2 Tahun PKR Santuni PAS, tapi mereka lebih lunak dengan UMNO/BN

Itulah artikel Hampir 2 Tahun PKR Santuni PAS, tapi mereka lebih lunak dengan UMNO/BN Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel Hampir 2 Tahun PKR Santuni PAS, tapi mereka lebih lunak dengan UMNO/BN dengan alamat pautan https://malaysiaonrecord.blogspot.com/2017/09/hampir-2-tahun-pkr-santuni-pas-tapi.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Hampir 2 Tahun PKR Santuni PAS, tapi mereka lebih lunak dengan UMNO/BN"

Catat Ulasan

Loading...