Loading...

Hairuddin dipanggil sertai skuad negara

Loading...
Hairuddin dipanggil sertai skuad negara - kawan-kawan Hallo news malaysia on record, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Hairuddin dipanggil sertai skuad negara, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel Berita, Artikel ekonomi, Artikel kesihatan, Artikel maklumat umum, Artikel politik, Artikel sukan, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : Hairuddin dipanggil sertai skuad negara
link : Hairuddin dipanggil sertai skuad negara

Baca juga


Hairuddin dipanggil sertai skuad negara



ARKIB : 04/05/2007

KUANTAN – Penyerang Pahang, Hairuddin Omar mengikuti jejak pemain pertahanan, Norhafiz Zamani Misbah untuk menyertai skuad bola sepak negara selepas namanya tersenarai dalam siri kunjungan ke Australia dari 7 hingga 25 Mei ini, lapor SHAMSIAH ZULKAFLI.

Ketiadaan dua pemain utama skuad Tok Gajah itu nyata meresahkan jurulatihnya, Ahmad Yusof kerana cabaran Pahang selepas ini akan digalas oleh pemain-pemain muda.

Hairuddin ketika dihubungi di sini, semalam berkata, dia menerima panggilan menyertai skuad kebangsaan itu pagi semalam, hanya beraksi dalam dua perlawanan bersama Pahang sebelum ini selepas pulih dari kecederaan lutut yang dialaminya.

‘‘Pada mulanya, saya sangat terkejut dengan pemilihan itu, namun saya yakin ia akan menambahkan lagi semangat saya untuk mempamerkan aksi terbaik.

‘‘Lebih-lebih lagi, saya terpilih untuk menyertai skuad kebangsaan hanya selepas beraksi dalam dua perlawanan,” kata beliau ketika dihubungi di sini, semalam.

Katanya, dia berazam untuk membalas kepercayaan jurulatih pasukan kebangsaan yang menyenaraikan namanya kali ini.

Perlawanan Piala Malaysia bertemu Sabah di Stadium Likas, malam Sabtu ini akan menjadi perlawanan terakhir Hairuddin mewakili Pahang, selepas turun dalam dua perlawanan sebelum ini ketika menentang Perak pada Sabtu lalu dan Negeri Sembilan Naza.

Walaupun setelah berehat selama dua bulan akibat kecederaan lututnya, aksi Hairuddin pada perlawanan pertamanya ketika menentang Perak Sabtu lalu, begitu meyakinkan setelah menjaringkan satu gol dalam perlawanan yang mengikat Perak dengan keputusan 2-2.

Hairuddin turut beraksi cemerlang pada Kejohanan Persekutuan Bolasepak ASEAN (AFF) di Singapura hujung Januari lalu, setelah menyumbatkan dua gol ketika membelasah Filipina 4-0 dalam saingan peringkat kumpulan.

SUMBERArtikel Penuh: http://ift.tt/2jU9H6q
© Utusan Melayu (M) Bhd


Thus Article Hairuddin dipanggil sertai skuad negara

Itulah artikel Hairuddin dipanggil sertai skuad negara Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel Hairuddin dipanggil sertai skuad negara dengan alamat pautan https://malaysiaonrecord.blogspot.com/2017/09/hairuddin-dipanggil-sertai-skuad-negara.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Hairuddin dipanggil sertai skuad negara"

Catat Ulasan

Loading...