Loading...

Gara-Gara Tweet, Kemenangan Ratu Cantik Turki Dibatalkan

Loading...
Gara-Gara Tweet, Kemenangan Ratu Cantik Turki Dibatalkan - kawan-kawan Hallo news malaysia on record, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Gara-Gara Tweet, Kemenangan Ratu Cantik Turki Dibatalkan, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel Berita, Artikel ekonomi, Artikel kesihatan, Artikel maklumat umum, Artikel politik, Artikel sukan, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : Gara-Gara Tweet, Kemenangan Ratu Cantik Turki Dibatalkan
link : Gara-Gara Tweet, Kemenangan Ratu Cantik Turki Dibatalkan

Baca juga


Gara-Gara Tweet, Kemenangan Ratu Cantik Turki Dibatalkan


ISTANBUL – Pemenang pertandingan ratu cantik kebangsaan Turki hari ini dipaksa menyerahkan semula mahkotanya beberapa jam selepas itu susulan tweet berkaitan insiden rampasan kuasa gagal yang dianggap menghina.

Itir Esen, 18, memenangi gelaran Miss Turkey 2017 di bandar ini malam tadi dan sepatutnya mewakili negara itu dalam pertandingan Miss World di China.



Bagaimanapun, penganjur berkata, ia tidak akan berlaku selepas mereka menemui tweet yang tidak boleh diterima dihantar Esen pada ulang tahun pertama cubaan rampasan 15 Julai tahun lalu, bertujuan menyingkirkan Presiden Recep Tayyip Erdogan.

Dalam tweet itu, Esen membandingkan tumpahan darah haidnya dengan 249 orang yang kehilangan nyawa ketika cubaan rampasan itu dan dianggap sebagai syahid di Turki.


“Saya mengalami haid pagi ini untuk menyambut hari syahid 15 Julai. Saya meraikan hari itu dengan berdarah bagi pihak darah syahid kami,” tulisnya.

Penganjur berkata, mereka melihat tweet itu selepas keputusan pertandingan ratu cantik diumumkan dan terpaksa bermesyuarat beberapa jam untuk mengesahkan tulisan terbabit.

Can Sandikcioglu, penganjur Miss Turkey, dalam satu kenyataan berkata, tweet itu ditulis sendiri oleh Esen.

“Penganjur Miss Turkey yang mana objektifnya adalah untuk mempromosi Turki di dunia dan memaparkan imejnya, tidak dapat menerima tulisan sebegitu,” kata Sandikcioglu.

Gelaran Esen diserahkan kepada Asli Sumen, pemenang kedua dan kini akan mewakili Turki dalam pertandingan Miss World di China, 18 November ini. – AFP


Thus Article Gara-Gara Tweet, Kemenangan Ratu Cantik Turki Dibatalkan

Itulah artikel Gara-Gara Tweet, Kemenangan Ratu Cantik Turki Dibatalkan Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel Gara-Gara Tweet, Kemenangan Ratu Cantik Turki Dibatalkan dengan alamat pautan https://malaysiaonrecord.blogspot.com/2017/09/gara-gara-tweet-kemenangan-ratu-cantik.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Gara-Gara Tweet, Kemenangan Ratu Cantik Turki Dibatalkan"

Catat Ulasan

Loading...