Loading...

Dituduh Sebat Jiran Dengan Rotan Kayu

Loading...
Dituduh Sebat Jiran Dengan Rotan Kayu - kawan-kawan Hallo news malaysia on record, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Dituduh Sebat Jiran Dengan Rotan Kayu, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel Berita, Artikel ekonomi, Artikel kesihatan, Artikel maklumat umum, Artikel politik, Artikel sukan, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : Dituduh Sebat Jiran Dengan Rotan Kayu
link : Dituduh Sebat Jiran Dengan Rotan Kayu

Baca juga


Dituduh Sebat Jiran Dengan Rotan Kayu


KLANG – Seorang penganggur dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini atas tuduhan sengaja menyebabkan kecederaan ke atas jirannya menggunakan sebatang kayu rotan, dua minggu lepas.

Tertuduh, Ching Chee Siong, 39, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan terhadapnya di hadapan Majistret Roslizi Sulaiman..

Ching didakwa melakukan perbuatan itu terhadap Khor Meng Hiong, 52, di sebuah rumah di Jalan Jarak di sini, kira-kira pukul 3.30 petang pada 6 Sept lepas dan didakwa mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan.

Jika sabit kesalahan, tertuduh boleh dihukum penjara maksimum 10 tahun atau dengan denda atau dengan sebat atau dengan mana-mana dua daripada hukuman itu.

Detik-detik Khor dimaki dan dipukul seorang lelaki sambil disaksikan seorang kanak-kanak dan wanita yang menangis teresak-esak, telah dirakam serta tular di media sosial.

Berdasarkan laporan media, kejadian dipercayai berlaku apabila mangsa didakwa telah memarahi seorang jiran lelaki berusia 60 tahun yang bertindak menegurnya ketika mangsa bertengkar dengan isteri.

Ching juga mengaku tidak bersalah terhadap satu lagi pertuduhan menceroboh masuk ke dalam rumah yang disewa oleh Khor tanpa kebenaran di masa, tempat dan tarikh yang sama.

Bagi kesalahan itu, tertuduh boleh dihukum mengikut Seksyen 447 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum enam bulan atau dengan denda maksimum RM3,000 atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Roslizi membenarkan Ching, yang diwakili peguam Ian Mark Simpson, dibebaskan dengan jaminan RM5,500 serta seorang penjamin bagi kedua-dua pertuduhan dan menetapkan 26 Okt ini untuk sebutan semula kes.

Di Mahkamah Majistret berasingan, rakan Ching, See Kean Soon mengaku tidak bersalah atas tuduhan bersubahat dengan merakam perbuatan rakannya itu (Ching) menggunakan telefon bimbit, mengikut Seksyen 109 Kanun Keseksaan serta boleh dihukum mengikut Seksyen 342 Kanun sama.

See, 38, juga mengaku tidak bersalah terhadap satu lagi pertuduhan menceroboh masuk ke dalam rumah yang disewa oleh Khor.

Majistret Rozianti Mohamed Hanaphi membenarkan tertuduh, yang tidak diwakili peguam, dibebaskan dengan jaminan RM6,000 serta seorang penjamin bagi kedua-dua pertuduhan dan menetapkan 13 Okt ini untuk sebutan semula kes.

Pendakwaan bagi kes di kedua-dua mahkamah itu dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Amira Abdul Aziz dan Ruzanna Ahmad. – Bernama


Thus Article Dituduh Sebat Jiran Dengan Rotan Kayu

Itulah artikel Dituduh Sebat Jiran Dengan Rotan Kayu Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel Dituduh Sebat Jiran Dengan Rotan Kayu dengan alamat pautan https://malaysiaonrecord.blogspot.com/2017/09/dituduh-sebat-jiran-dengan-rotan-kayu.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Dituduh Sebat Jiran Dengan Rotan Kayu"

Catat Ulasan

Loading...