Loading...

Di Pekan pun saya boleh menang...: Mat Sabu

Loading...
Di Pekan pun saya boleh menang...: Mat Sabu - kawan-kawan Hallo news malaysia on record, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Di Pekan pun saya boleh menang...: Mat Sabu, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel Berita, Artikel ekonomi, Artikel kesihatan, Artikel maklumat umum, Artikel politik, Artikel sukan, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : Di Pekan pun saya boleh menang...: Mat Sabu
link : Di Pekan pun saya boleh menang...: Mat Sabu

Baca juga


Di Pekan pun saya boleh menang...: Mat Sabu


KUALA LUMPUR - Presiden Amanah, Mohamad Sabu menzahirkan keyakinan, bahawa beliau mampu menang dimana-mana kerusi sekiranya beliau bertanding pada PRU14 nanti.

Mohammad Sabu atau lebih mesra disapa Mat Sabu, bagaimanapun berkata, soal di mana kedudukan kerusi beliau bertanding belum masih diputuskan.

"Saya rasa peluang untuk menang dimana-mana termasuk di Kelantan, Pekan (Pahang).

"Namun apa-apapun parti akan pertimbangkan dan belum diputuskan lagi, jadi ia bergantung kepada keputusan akhir parti," katanya kepada pemberita di sidang medianya di Wisma Amanah, di sini hari ini.

Sebelum ini, memetik laporan portal mendedahkan parti Amanah berkemungkinan meletakkan Mat Sabu sebagai calon PRU14 untuk kerusi Parlimen Kota Raja dan kerusi Dun Taman Templer.

Ini dipercayai sebagai sebahagian daripada langkah meletakkan pemimpin parti itu yang lebih dikenali di Selangor bagi menempatkan kedudukan parti itu sebagai pengganti Pas dalam kerajaan negeri.

Awal bulan ini, Amanah Selangor telah mencadangkan membawa Mat Sabu yang berasal dari Kedah, untuk mengetuai cabaran di negeri mereka.

Menurut data Pilihanraya Umum 2013, Kota Raja, yang merangkumi sebahagian bandar Klang, mempunyai 44 peratus pengundi Melayu diikuti oleh India (29 peratus) dan Cina (25 peratus).

Dalam pada itu, jelas Mat Sabu lagi permintaan untuk beliau masuk bertanding pada PRU14 nanti datang dari banyak pihak dalam parti pimpinannya itu.

"Permintaan untuk saya masuk bertanding itu datang dari Amanah Selangor, saya juga diminta Amanah Kedah, Pulau Pinang," katanya lagi.

Dalam pada itu, katanya lagi beliau juga akan akur dengan keputusan parti untuk meletakkan beliau dimana-mana kerusi.

"Parti akan menilai dimana kesesuaian  presiden... atau presiden tak perlu bertanding itu pun saya akan patuh kepada keputusan parti, jadi parti akan pertimbangkan," katanya. - SH


Thus Article Di Pekan pun saya boleh menang...: Mat Sabu

Itulah artikel Di Pekan pun saya boleh menang...: Mat Sabu Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel Di Pekan pun saya boleh menang...: Mat Sabu dengan alamat pautan https://malaysiaonrecord.blogspot.com/2017/09/di-pekan-pun-saya-boleh-menang-mat-sabu.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Di Pekan pun saya boleh menang...: Mat Sabu"

Catat Ulasan

Loading...