Loading...

Atlet cemerlang IPT terima insentif

Loading...
Atlet cemerlang IPT terima insentif - kawan-kawan Hallo news malaysia on record, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Atlet cemerlang IPT terima insentif, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel Berita, Artikel ekonomi, Artikel kesihatan, Artikel maklumat umum, Artikel politik, Artikel sukan, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : Atlet cemerlang IPT terima insentif
link : Atlet cemerlang IPT terima insentif

Baca juga


Atlet cemerlang IPT terima insentif

ANTARAPOS.COM

Post Pic
 
 
PUTRAJAYA: Seramai 177 atlet Sukan SEA Ke-29 (KL2017) dan Sukan Universiti Dunia, Taipei 2017 (Universiade) dari Institusi Pendidikan Tinggi (IPT) yang meraih pingat dalam kejohanan itu diraikan dengan penganjuran Majlis Penyerahan Insentif Kemenangan 2017.
 
Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Idris Jusoh, berkata KPT bukan hanya melihat pelajar yang cemerlang dari segi akademik pencapaian Purata Nilai Gred Keseluruhan Berintegrasi (iCGPA), malah pada masa sama turut menerima pelajar yang berjaya dalam bidang sukan.
 
Menurut beliau, tanggapan mengatakan KPT memberi penekanan kepada akademik semata-mata adalah tidak benar dan apa yang diadakan ini adalah suatu lonjakan pertama Pelan Pendidikan bagi melahirkan golongan pelajar holistik.
 
"Penganjuran program ini adalah sebagai motivasi serta penghargaan terhadap atlet yang berjaya mengharumkan nama negara," katanya ketika berucap pada Majlis Penyerahan Insentif Kemenangan 2017 di sini, semalam.
 
Yang turut hadir, Timbalannya, Datuk Mary Yap Kain Ching dan Timbalan Naib Canselor Universiti Teknologi MARA (UiTM) merangkap Ketua Kontinjen Universiade 2017, Datuk Dr Mohammad Abdullah Said.
 
Secara keseluruhan, sebanyak 53 pingat emas disumbangkan atlet IPT daripada jumlah keseluruhan 145 pingat emas yang diraih kontinjen negara pada Sukan SEA KL2017 lalu.
 
Pada kejohanan Universiade Taipei 2017 pula, kontinjen IPT membawa pulang tiga pingat perak dan empat gangsa.
 
Idris berkata, KPT mengucapkan terima kasih dan berbangga kerana ada dalam kalangan atlet IPT yang turut berjaya memecahkan rekod baharu dalam KL2017.
 
Menurutnya, KPT memperuntukkan RM292,500 sebagai penghargaan terhadap atlet yang mengharumkan nama negara di kedua-dua temasya sukan terbabit.
 
"Kita berharap lebih ramai atlet dilahirkan KPT bagi pertandingan sukan dunia termasuk ke peringkat Sukan Olimpik pada masa hadapan," katanya.
 
Idris menyampaikan insentif berjumlah RM2,000 kepada atlet IPT yang menyumbang pingat emas, pingat perak (RM1,000) dan RM500 bagi pingat gangsa.
 
 


Thus Article Atlet cemerlang IPT terima insentif

Itulah artikel Atlet cemerlang IPT terima insentif Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel Atlet cemerlang IPT terima insentif dengan alamat pautan https://malaysiaonrecord.blogspot.com/2017/09/atlet-cemerlang-ipt-terima-insentif.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Atlet cemerlang IPT terima insentif"

Catat Ulasan

Loading...