Loading...

Arkitek muda tawar khidmat percuma untuk sekolah tahfiz

Loading...
Arkitek muda tawar khidmat percuma untuk sekolah tahfiz - kawan-kawan Hallo news malaysia on record, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Arkitek muda tawar khidmat percuma untuk sekolah tahfiz, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel Berita, Artikel ekonomi, Artikel kesihatan, Artikel maklumat umum, Artikel politik, Artikel sukan, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : Arkitek muda tawar khidmat percuma untuk sekolah tahfiz
link : Arkitek muda tawar khidmat percuma untuk sekolah tahfiz

Baca juga


Arkitek muda tawar khidmat percuma untuk sekolah tahfiz

 
Nurul Sakinah Zainol Akmar berkata beliau mahu memastikan setiap sekolah tahfiz mematuhi peraturan undang-undang kecil dan keselamatan demi semua.


sakinah

SUBANG JAYA: Seorang arkitek muda menawarkan perkhidmatan secara percuma kepada kumpulan atau individu yang ingin membina sekolah tahfiz dengan menyatakan niat beliau untuk membantu memastikan keselamatan di institusi tersebut.

Nurul Sakinah Zainol Akmar, yang telah menjadi arkitek sejak 5 tahun lalu berkata beliau mahu memastikan sekolah tahfiz mematuhi peraturan undang-undang kecil dan keselamatan demi semua.

Tawaran yang dibuat menerusi Facebook susulan kebakaran yang menuntut 23 nyawa di Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah di Datuk Keramat, Khamis lalu.

“Banyak sekolah tahfiz berhadapan dengan (isu) dana,” kata beliau.

Malah menurut Nurul Sakinah, kebanyakan tahfiz tidak mempunyai sumber kewangan untuk mendapatkan khidmat arkitek dan biasanya akan terus merujuk kontraktor dan “memberitahu mereka berapa banyak bilik, bilik mandi atau dewan yang mereka perlukan.”

“Tetapi kontraktor mungkin tidak biasa dengan undang-undang yang berkaitan dengan keselamatan kebakaran. Saya tidak keberatan untuk membantu.”

Nurul Sakinah berkata masa selama 1 hingga 3 minggu diperlukan untuk membuat pelan bangunan.

Bagaimanapun, katanya, apa-apa rancangan yang disediakan masih perlu diluluskan oleh arkitek profesional seperti yang dikehendaki oleh undang-undang.

“Kanak-kanak perlu belajar dan hidup dalam persekitaran yang selamat,” kata beliau.

Tambah Nurul Sakinah, beliau faham mereka yang mengendalikan sekolah tahfiz mempunyai niat yang baik dan dana terhad, “tetapi kita tidak boleh berkompromi dengan keselamatan.”

Merujuk kepada Undang-undang Kecil Bangunan Seragam dan Panduan Perlindungan Kebakaran, beliau berkata, peruntukan itu menentukan penggunaan bata tanah liat dalam pembinaan bangunan, pemasangan pintu tahan api yang mudah diakses dan penyediaan peralatan seperti pemadam api, penyiram dan pengesan asap.

Beliau juga merujuk kepada spesifikasi jarak antara pintu dan tangga.

Sehubungan itu beliau menasihatkan ibu bapa menghantar anak-anak mereka ke sekolah berasrama untuk mengambil berat mengenai soal keselamatan kebakaran.

Beliau berkata, mereka harus memastikan, contohnya, terdapat pemadam api di setiap bilik, gril tingkap boleh dibuka dengan mudah, terdapat ruang berjalan kaki yang cukup di antara katil dan terdapat kawasan terbuka di luar bangunan untuk pelajar dihimpunkan.

“Juga perhatikan akses jalan ke bangunan. Sekiranya terdapat hanya 1 akses dan jalannya sempit, sukar bagi bomba untuk sampai ke tempat tepat pada masanya.”

Beliau juga menasihatkan ibu bapa untuk bertanya tentang kekerapan latihan kebakaran.

Idealnya kata beliau, pihak sekolah harus membenarkan ibu bapa menyertai latihan yang diadakan.

Mereka yang ingin mendapatkan bantuan Nurul Sakinah boleh menghubunginya melalui telefon (012 361 8051) atau e-mel (nurul.zainolakmar@gmail.com).



Thus Article Arkitek muda tawar khidmat percuma untuk sekolah tahfiz

Itulah artikel Arkitek muda tawar khidmat percuma untuk sekolah tahfiz Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel Arkitek muda tawar khidmat percuma untuk sekolah tahfiz dengan alamat pautan https://malaysiaonrecord.blogspot.com/2017/09/arkitek-muda-tawar-khidmat-percuma.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Arkitek muda tawar khidmat percuma untuk sekolah tahfiz"

Catat Ulasan

Loading...