Loading...

Akibat Tekanan, Hitz FM Tarik Balik Klip Hina Pondan

Loading...
Akibat Tekanan, Hitz FM Tarik Balik Klip Hina Pondan - kawan-kawan Hallo news malaysia on record, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Akibat Tekanan, Hitz FM Tarik Balik Klip Hina Pondan, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel Berita, Artikel ekonomi, Artikel kesihatan, Artikel maklumat umum, Artikel politik, Artikel sukan, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : Akibat Tekanan, Hitz FM Tarik Balik Klip Hina Pondan
link : Akibat Tekanan, Hitz FM Tarik Balik Klip Hina Pondan

Baca juga


Akibat Tekanan, Hitz FM Tarik Balik Klip Hina Pondan


KUALA LUMPUR – Ekoran tekanan kuat daripada gerakan Lesbian, Gay, Transgender, Biseksual (LGBT), sebuah stesen radio terpaksa akur menarik klip video yang dianggap sebagai hina pondan!

Hitz FM yang merupakan saluran radio tempatan milik gergasi penyiaran Astro itu malahan memohon maaf atas video disiarkan kerana konon digelar sebagai transphobic atau emosi fobia terhadap golongan ‘dua alam’ tersebut.

Lebih dahsyat, ramai netizen pro-LGBT turut bangga menyelar stesen berbahasa Inggeris popular berkenaan kerana konon cuba diskriminasi ke atas kelompok pengamal perbuatan terkutuk kaum Sodom ketika era Nabi Luth itu.

Ia bermula apabila stesen itu memuatkan skesta pendek berdurasi 22 saat menerusi laman rasmi Facebooknya pada Rabu, yang memaparkan dua kru siaran paginya – deejay Ryan De Alwis, atau mesra disebut RD dan Arnold Loh.

Kedua-duanya itu mahu memeriksa seorang wanita berjalan melepasi mereka. Namun sejurus RD menghampiri wanita itu dan dia tiba-tiba berpaling, dua juruhebah tersebut mula muntah sebaik sahaja memandang wajahnya.

Ini kerana wanita dalam video tersebut adalah seorang pondan. Hitz FM menerusi kapsyen video itu menulis: “Apabila seorang gadis cantik ternyata lelaki, adakah anda pernah terkejut sehingga anda berasa mahu muntah?”

Pihak pentadbir Hitz FM dilaporkan telah segera mengeluarkan video berkenaan daripada halaman Facebooknya itu setelah menerima maklum balas negatif netizen terutama penyokong gerakan songsang tersebut dan pengamalnya.

“Kami di Hitz FM ingin memohon maaf atas video tersebut, dan telah memadamkannya. Terima kasih,” kata ringkas jurucakap stesen berkenaan kepada portal berita berbahasa Inggeris popular, The Star pada Khamis.


Dalam pada itu, penasihat hak golongan pondan se-Malaysia, Nisha Ayub dilaporkan portal sama turut mengkritik tindakan stesen radio tersebut dan mengatakan bahawa klip video tersebut konon boleh menggalakkan transphobic.

“Kamu patut malu, Hitz FM. Adakah anda transphobic? Adakah anda menggalakkan buli dan kebencian kepada orang yang mempunyai identiti atau ekspresi jantina berbeza,” tulis aktivis LGBT ini menerusi laman Facebooknya.

Nisha menegaskan bahawa konon komuniti pondan di Malaysia sejak sekian lama telah menghadapi banyak bentuk diskriminasi dan keganasan sehingga mereka menjadi mangsa jenayah kebencian oleh masyarakat normal.

“Tetapi kita masih ada media yang benar-benar menyebarkan mesej imej negatif komuniti itu kepada orang ramai,” katanya. Mengulas mengenai DJ yang muntah di hadapan pondan tersebut, Nisha berkata dia berasa jijik.

“Mesej jenis apakah yang anda cuba gambarkan kepada orang ramai? Adakah anda mahu kata tidak mengapa bagi anda orang yang sempurna untuk merendahkan mentaliti orang lain?” soal beliau lagi dan dipetik The Star.

Komen beliau itu turut mendapat sokongan ratusan netizen yang sealiran fahaman. Nisha menambah: “Ia boleh menjadi suatu jenaka kepada anda, tetapi bahan lawak anda ini juga boleh mempengaruhi kehidupan seseorang.”

Sementara itu ketika dihubungi, Arnold berkata bahawa dia “tidak dibenarkan mengulas” mengenai perkara ‘panas’ tersebut manakala RD juga enggan mengeluarkan sebarang komen. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA


Thus Article Akibat Tekanan, Hitz FM Tarik Balik Klip Hina Pondan

Itulah artikel Akibat Tekanan, Hitz FM Tarik Balik Klip Hina Pondan Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel Akibat Tekanan, Hitz FM Tarik Balik Klip Hina Pondan dengan alamat pautan https://malaysiaonrecord.blogspot.com/2017/09/akibat-tekanan-hitz-fm-tarik-balik-klip.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Akibat Tekanan, Hitz FM Tarik Balik Klip Hina Pondan"

Catat Ulasan

Loading...