Loading...

ADUN PKR nafi cubaan dipancing untuk jatuhkan Azmin

Loading...
ADUN PKR nafi cubaan dipancing untuk jatuhkan Azmin - kawan-kawan Hallo news malaysia on record, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk ADUN PKR nafi cubaan dipancing untuk jatuhkan Azmin, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel Berita, Artikel ekonomi, Artikel kesihatan, Artikel maklumat umum, Artikel politik, Artikel sukan, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : ADUN PKR nafi cubaan dipancing untuk jatuhkan Azmin
link : ADUN PKR nafi cubaan dipancing untuk jatuhkan Azmin

Baca juga


ADUN PKR nafi cubaan dipancing untuk jatuhkan Azmin

Oleh Nur Atiqah Abdul Samad
Post Pic
 
 
SHAH ALAM: Exco Selangor Dr. Daroyah Alwi dari  PKR menafikan laporan bahawa lapan ADUN parti berura-ura keluar daripada parti untuk menumbangkan kerajaan pimpinan Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.
 
ADUN Sementa itu menegaskan, perkara seperti itu tidak akan berlaku dan sebarang cubaan untuk mengambil alih kuasa di Selangor seperti mana yang pernah berlaku di Perak hanya sia-sia. 
 
"Yang disebut lapan ADUN PKR Selangor akan sertai sidang media (semalam). Itu memang tak akan pernah berlaku dan terlintas difikiran kami. 
   
"(Apa yang berlaku di Perak) tidak akan berjaya untuk (dilakukan) di Selangor.  Tidak akan (berjaya)," katanya. 
 
Sebuah portal berita hari ini memetik sumber sebagai mendakwa lapan ADUN PKR semalam sepatutnya keluar parti untuk menjatuhkan kerajaan negeri pimpinan PKR. 
 
Sebaliknya hanya Tan Sri Muhammad Muhammad Taib yang keluar PKR untuk menyertai Umno. 
 
Daroyah yang memegang portfolio Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kesihatan, Kebajikan, Hal Ehwal Wanita dan Keluarga dalam kerajaan negeri berkata, beliau bersama-sama dengan semua ADUN Pakatan Harapan (PH) berdiri teguh dibelakang Azmin. 
 
"Sudah tentu, kita kekal dengan prinsip (untuk) bersama dalam perjuangan PKR. Walau apa pun yang akan menganggu-gugat, kita tetap teguh dengan prinsip perjuangan PKR bersama Datuk Seri Anwar Ibrahim, dipimpin oleh Datuk Seri Dr Wan Azizah. 
 
"Dan di Selangor bersama Datuk Seri Azmin Ali. Itu kami tak berbelah bagi dalam hal tersebut," tegas beliau.    
 
Semalam Muhammad yang pernah menjadi Menteri Besar Selangor mengumumkan keluar PKR kerana kecewa parti itu tidak mementingkan agenda perjuangan Melayu mahupun Islam.
 
Muhammad menyertai PKR pada tahun 2015 setelah dua tahun menyertai PAS.  
 
Beliau sebelum itu sekian lama bersama Umno di mana beliau memegang pelbagai jawatan termasuk Naib Presiden dan Ketua Penerangan parti.
 
 


Thus Article ADUN PKR nafi cubaan dipancing untuk jatuhkan Azmin

Itulah artikel ADUN PKR nafi cubaan dipancing untuk jatuhkan Azmin Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel ADUN PKR nafi cubaan dipancing untuk jatuhkan Azmin dengan alamat pautan https://malaysiaonrecord.blogspot.com/2017/09/adun-pkr-nafi-cubaan-dipancing-untuk.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "ADUN PKR nafi cubaan dipancing untuk jatuhkan Azmin"

Catat Ulasan

Loading...