Loading...

Adik perempuan Hamidah Osman pula mahu keluar PPBM

Loading...
Adik perempuan Hamidah Osman pula mahu keluar PPBM - kawan-kawan Hallo news malaysia on record, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Adik perempuan Hamidah Osman pula mahu keluar PPBM, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel Berita, Artikel ekonomi, Artikel kesihatan, Artikel maklumat umum, Artikel politik, Artikel sukan, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : Adik perempuan Hamidah Osman pula mahu keluar PPBM
link : Adik perempuan Hamidah Osman pula mahu keluar PPBM

Baca juga


Adik perempuan Hamidah Osman pula mahu keluar PPBM

 
Hamizura mendedahkan perkara itu di Facebook dengan berkata "ya" sebagai respons kepada soalan sama ada bercadang untuk keluar selepas berkongsi kenyataan rasmi PPBM mengenai peletakan jawatan kakaknya.


Hamizura-Osman-quit-ppbm-malaysian-1

PETALING JAYA: Adik perempuan Datuk Hamidah Osman, naib presiden PPBM yang mengumumkan keputusan keluar parti itu semalam berkata, beliau juga akan mengambil langkah yang sama.

Hamizura Osman mendedahkan perkara itu di laman Facebook dengan berkata “ya” sebagai respons kepada soalan sama ada bercadang untuk keluar selepas berkongsi kenyataan rasmi PPBM mengenai peletakan jawatan kakaknya semalam.

“Ikut sekali,” kata Hamizura apabila ditanya sama ada beliau akan meninggalkan parti itu.

Hamizura juga berkata beliau tidak akan menyertai semula Umno atau PKR, yang merupakan komponen Pakatan Harapan (PH) bersama PPBM.

“Insya-Allah, saya tidak akan membuat U-turn,” kat beliau.

Pada 13 September, Hamizura mencetuskan kontroversi apabila membuat kenyataan berbaur perkauman menerusi Facebook.

Anggota biasa PPBM itu berkata: “Dalam usaha kita nak turunkan Najib. Dalam masa yang sama, jangan bagi Cina pijak kita. Tak perlulah memuji sang Cina dalam kalangan kita.”

Beliau memohon maaf pada hari yang sama selepas kenyataannya menarik komen dan kecaman daripada beberapa pemimpin parti dan anggota gabungan PH.

Sekiranya Hamizura meninggalkan parti itu, beliau akan menjadi ahli ke-3 berbuat demikian dalam masa yang singkat selepas Hamidah dan bekas ketua majlis tertinggi, Anina Saadudin.

Semalam, Anina mengumumkan beliau keluar parti yang telah membantu menubuhkannya tahun lalu sambil mendakwa beliau telah dianiaya oleh PPBM.

Beliau antara lain mendakwa telah dikeluarkan dari kumpulan WhatsApp tanpa sebarang pemberitahuan dan tidak dijemput ke majlis sambutan ulang tahun pertama PPBM 9 September lalu.





Thus Article Adik perempuan Hamidah Osman pula mahu keluar PPBM

Itulah artikel Adik perempuan Hamidah Osman pula mahu keluar PPBM Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel Adik perempuan Hamidah Osman pula mahu keluar PPBM dengan alamat pautan https://malaysiaonrecord.blogspot.com/2017/09/adik-perempuan-hamidah-osman-pula-mahu.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Adik perempuan Hamidah Osman pula mahu keluar PPBM"

Catat Ulasan

Loading...