Loading...

100 Parlimen selesai runding kerusi, J/K Penyelarasan Parlimen ditubuhkan

Loading...
100 Parlimen selesai runding kerusi, J/K Penyelarasan Parlimen ditubuhkan - kawan-kawan Hallo news malaysia on record, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk 100 Parlimen selesai runding kerusi, J/K Penyelarasan Parlimen ditubuhkan, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel Berita, Artikel ekonomi, Artikel kesihatan, Artikel maklumat umum, Artikel politik, Artikel sukan, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : 100 Parlimen selesai runding kerusi, J/K Penyelarasan Parlimen ditubuhkan
link : 100 Parlimen selesai runding kerusi, J/K Penyelarasan Parlimen ditubuhkan

Baca juga


100 Parlimen selesai runding kerusi, J/K Penyelarasan Parlimen ditubuhkan

DALIA ISMAIL

Logo Harapan


Satu Jawatankuasa Penyelatas Parlimen Pakatan Harapan akan ditubuhkan membabitkan 100 kawasan Parlimen yang sudah selesai rundingan kerusi membabitkan empat parti gabungan itu.

Pengerusi Majlis Setiausaha Pakatan Harapan Datuk Saifuddin Abdullah (Gambar bawah) berkata, rundingan kerusi kini masuk fasa kedua iaitu fasa rundingan di peringkat negeri.

Saifuddin Abdullah “Semua rundingan kerusi parlimen akan selesai hujung bulan ini Satu Jawatankuas Penyelaras Parlimen Pakatan Harapan akan ditubuhkan membabitkan 100 kawasan Parlimen.

“Ia meliputi rundingan kerusi Pakatan Harapan yang sudah selesai di lakukan di setiap negeri,” ujarnya selepas menghadiri mesyuarat mingguan Majlis Sekretariat Pakatan Harapan di ibupejabar AMANAH hari ini.

Jelas Saifuddin lagi, PH memberikan tumpuan kepada rundingan kerusi berdasarkan parti bukan calon yang bertanding dan beliau tidak menolak kemunculan muka baru bagi menghadapi pilihan raya umum akan datang.

“Kita hendak masuk PRU sudah tentu hendak menang. Kita kena praktikal, kita sudah lihat semua faktor, kerusi yang kita tandingi ada peluang untuk kita menang,” ujarnya.

PH turut membayangkan tiada lagi kerjasama dengan Pas sebaliknya akan meletakkan calon bertanding di 222 kerusi Parlimen termasuk kerusi di Sabah dan Sarawak.

Beliau turut menganggap kerusi di Sabah dan Sarawak lebih unik dan mencabar berbanding di Selangor.

“Yang unik bukan di Selangor, tetapi Sabah dan Sarawak. Kerusi Selangor sama sahaja seperti negeri lain,” katanya menjawab soalan media  mengenai kedudukan kerusi PH di Selangor.



Thus Article 100 Parlimen selesai runding kerusi, J/K Penyelarasan Parlimen ditubuhkan

Itulah artikel 100 Parlimen selesai runding kerusi, J/K Penyelarasan Parlimen ditubuhkan Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel 100 Parlimen selesai runding kerusi, J/K Penyelarasan Parlimen ditubuhkan dengan alamat pautan https://malaysiaonrecord.blogspot.com/2017/09/100-parlimen-selesai-runding-kerusi-jk.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "100 Parlimen selesai runding kerusi, J/K Penyelarasan Parlimen ditubuhkan"

Catat Ulasan

Loading...