Loading...
Tajuk : Wahai suami, sejauh mana anda memahami isterimu?
link : Wahai suami, sejauh mana anda memahami isterimu?
Wahai suami, sejauh mana anda memahami isterimu?
Wahai suami, sejauh mana anda memahami isterimu? | Assalamualaikum wbt. Dalam rumahtangga, suami dan isteri seharusnya kena saling memahami untuk menjaga keharmonian dan kebahagiaan ke Jannah bak kata orang sekarang. Persoalannya sekarang, adalah suami itu benar-benar memahami isterinya, dan begitu jugak si isteri. Orang cakap, masa bercinta semuanya indah belaka, tapi bila dah kawin barulah nampak 'belang' sebenarnya. Mulalah cakap tak serasilah, tak cocoklah... Macam-macam...
Dr. Taufiq Razif melalui laman facebooknya telah berkongsi lima ciri mengenai perempuan yang sepatutnya seorang lelaki kena tau. Lelaki-lelaki semua nak tau tak? Jom baca...
Wahai suami, sejauh mana anda memahami isterimu? Lima ciri mengenai perempuan yang lelaki kena tau.
Perempuan ni sebenarnya 'seketul' makhluk yang 'misteri' . Otak perempuan ni sememangnya terbukti lebih kompleks berbanding dengan lelaki. Sebab itulah mereka lebih multitasking dan memerlukan tidur 20 minit lebih lama daripada lelaki.
Jangan ingat bila kita dah kahwin dengan pasangan kita tandanya kita dah memahami dia sepenuhnya. Tak tau. Kalau korang nak tau, proses berkenalan tu kadang-kala memerlukan masa sepanjang hidup kita. Iyelah, masa mula-mula kahwin perangainya lain. Tapi, bila dah masuk tahun pertama nanti, mulalah timbul perangai yang bukan-bukan yang kita tak pernah tahu pun sebelum ni. Nanti bila isteri dah mengandung, lagilah lain perangainya siap package dengan ribut hormon yang swing sepanjang masa. So, lelaki jangan kaget. Kaum lelaki ni diciptakan dengan perangai yang cepat bosan pada benda yang sama. Sebab tu Allah menjadikan perempuan ni sukar untuk difahami. Setiap hari kita akan temukan perkara yang baru pada si dia. Best bukan?
Kaum perempuan sememangnya dicipta untuk taat pada suaminya yang mana sistem ni memang takde siapa yang boleh bantah tapi para suami pun disuruh untuk bermuamalah dan bergaul dengan cara yang paling lemah lembut dan sopan dengan isteri. Jangan tuntut isteri untuk membahagiakan suami, tapi sebaliknya si suamilah dulu yang harus bahagiakan isteri. Barulah nanti si isteri akan sukarela membahagiakan suaminya.
Perempuan ni jugak makhluk emosi. So, jangan sekali-kali menggunakan logik untuk tenangkan si isteri. Apa yang terbaik, korang gunakanlah emosi juga kalau nak tenangkan si isteri. Kalau si isteri dah mula bebel tu adalah tu lubang emosi dia yang terganggu.
Kaum perempuan ni adalah makhuk auditorik sebab pancaindera telinga mereka lebih sensitif dan peka dibandingkan pancaindera yang lain. Kalau nak bahagia kan isteri, bahagiakan dulu telinganya. Pujilah isteri dengan pujian yang baik-baik. Kalau masak lebih-lebih kurang pun apa salahnya puji usaha si dia. Kalau dia (isteri) beli baju baru, apa salahnya puji penampilan dia. Suami kena kreatif...
Semoga bermanfaat...
Thus Article Wahai suami, sejauh mana anda memahami isterimu?
Itulah artikel Wahai suami, sejauh mana anda memahami isterimu? Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.
Anda sedang baca artikel Wahai suami, sejauh mana anda memahami isterimu? dengan alamat pautan https://malaysiaonrecord.blogspot.com/2017/08/wahai-suami-sejauh-mana-anda-memahami.html
0 Response to "Wahai suami, sejauh mana anda memahami isterimu?"
Catat Ulasan