Loading...
Tajuk : Video: Pelajar Perempuan Belasah Rakan
link : Video: Pelajar Perempuan Belasah Rakan
Video: Pelajar Perempuan Belasah Rakan
KOTA KINABALU – Rakaman video pelajar perempuan di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) di Kunak, dibelasah sekumpulan pelajar tular di laman sosial sejak malam semalam.
Video berdurasi 1 minit 39 saat itu menunjukkan mangsa yang memakai tudung ditumbuk sebelum beberapa lagi pelajar perempuan campur tangan dan turut menumbuk serta menendang mangsa bertubi-tubi.
Mangsa dilihat merayu supaya dilepaskan agar masalah mereka dapat diselesaikan cara baik namun tidak diendahkan malah mangsa terus dipukul.
Ketika memukul mangsa, ada yang ketawa dan tak kurang juga sibuk merakam pergaduhan tersebut dengan menggunakan telefon bimbit.
Lebih menyakitkan hati, pembuli-pembuli tersebut dikatakan sembat bergambar selepas membelasah mangsa.
Video tersebut menerima kritikan hebat dari netizen yang rata-ratanya menyeru agar pihak berkuasa menyiasat kejadian ini secepat mungkin.
Ketua Polis Daerah Kunak, Superintendan Mohd Nasarudin M Nasir berkata polis menerima laporan daripada ibu bapa pelajar berkenaan, sehari selepas kejadian.
Bagaimanapun, motif dan punca kejadian masih dalam siasatan. – MYNEWSHUB.CC
Thus Article Video: Pelajar Perempuan Belasah Rakan
Itulah artikel Video: Pelajar Perempuan Belasah Rakan Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.
Anda sedang baca artikel Video: Pelajar Perempuan Belasah Rakan dengan alamat pautan https://malaysiaonrecord.blogspot.com/2017/08/video-pelajar-perempuan-belasah-rakan.html
0 Response to "Video: Pelajar Perempuan Belasah Rakan"
Catat Ulasan