Loading...

Tun M tidak akan kembali kepada Umno

Loading...
Tun M tidak akan kembali kepada Umno - kawan-kawan Hallo news malaysia on record, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Tun M tidak akan kembali kepada Umno, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel Berita, Artikel ekonomi, Artikel kesihatan, Artikel maklumat umum, Artikel politik, Artikel sukan, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : Tun M tidak akan kembali kepada Umno
link : Tun M tidak akan kembali kepada Umno

Baca juga


Tun M tidak akan kembali kepada Umno

OLEH NAZLI IBRAHIM

TUN M (1)


SHAH ALAM: Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Tun Dr Mahathir Mohamad menegaskan beliau tidak akan kembali kepada Umno kerana parti itu tidak lagi memperjuangkan agama, bangsa dan negara.

Beliau berkata, Umno pada masa ini didakwa sudah dirosakkan Presidennya, Datuk Seri Najib Razak dengan perbuatan rasuah dan skandal kewangan.

“Sepatutnya dalam demokrasi mudah sahaja. Umno boleh adakan mesyuarat dan buat undi tidak percaya kepada Najib, jatuhlah Najib tetapi ahli Umno pun tak ada dua ‘benda’.

“Inilah masalah kita hadapi, sebab itu saya tidak mahu lagi dan tidak akan kembali dengan Umno,” katanya pada program Nothing To Hide 2.0 (NTH2.0) di Dewan Raja Muda Musa di sini, semalam.

Katanya, Najib juga didakwa merosakkan Umno sehingga parti Melayu itu tidak lagi dihormati rakyat.

“Umno yang ditubuh Datuk Onn Jaafar dan kemudian dibawa Tunku Abdul Rahman, Tun Abdul Razak dan Tun Hussein Onn dirampas Najib dan dirosakkan.

“Parti itu tidak lagi memperjuangkan agenda besar iaitu perjuangan untuk agama, bangsa, dan tanah air tetapi perjuangan mendapatkan berapa banyak duit untuk dicuri,” katanya.



Thus Article Tun M tidak akan kembali kepada Umno

Itulah artikel Tun M tidak akan kembali kepada Umno Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel Tun M tidak akan kembali kepada Umno dengan alamat pautan https://malaysiaonrecord.blogspot.com/2017/08/tun-m-tidak-akan-kembali-kepada-umno.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Tun M tidak akan kembali kepada Umno"

Catat Ulasan

Loading...